Hiburan

Penyanyi Yasin Sulaiman Dijatuhi Hukuman Penjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

gempak
Gempak
22/08/2024
04:49 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Yasin Sulaiman Dijatuhi Hukuman Penjara Seumur Hidup, 16 Sebatan
Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman yang sebelum ini dilepas dan dibebaskan terpaksa menghabiskan sisa hidup dalam penjara apabila dihukum penjara seumur hidup dan 16 sebatan atas kesalahan dadah oleh Mahkamah Tinggi.

Bersalah Atas Tiga Pertuduhan

Hakim Datuk Norsharidah Awang menjatuhi hukuman itu selepas Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 49, didapati bersalah atas tiga pertuduhan dalam prosiding kes rayuan pendakwaan terhadap pembebasan penyanyi tersebut.
Pelantun lagu Mimpi Laila nyata terkejut dan berpendapat keputusan tersebut adalah sesuatu yang pelik. Justeru, kata Yasin atau nama sebenarnya, Muhammad Yasin Sulaiman, 49, akan membuat rayuan dalam masa terdekat menerusi peguamnya di Mahkamah Rayuan.

“Hari yang gelap dan keputusan yang sangat pelik...

“Hari yang gelap dan keputusan yang sangat pelik. Apa yang saya tidak boleh terima kenapa saksi pakar tidak langsung diambil keterangan dan tidak dipakai (Mahkamah Tinggi).
“Itu sesuatu yang sangat pelik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding tersebut.

BERITA TRENDING: Penyanyi Yasin Bebas Tuduhan Dadah, Diperintah Masuk Ke Hospital Bahagia

​BERITA TRENDING: Yasin Sulaiman Tenang Diperintah Bela Diri 3 Kes Dadah

​BERITA TRENDING: Laporan Psikiatri Sahkan Yasin Ada Bipolar Disoder Dan Tidak Waras Ketika Kejadian Kes Dadah

BERITA TRENDING: Yasin Sulaiman Masih Ditempatkan Di Hospital Bahagia

Terdahulu, Hakim Datuk Norsharidah Awang menjatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan kepada penyanyi tersebut yang didapati bersalah atas tiga pertuduhan dadah termasuk menanam 17 pokok ganja.
Dalam pada itu, Peguam Ariff Azami Hussein mewakili Yasin memaklumkan akan memasukkan notis rayuan keputusan tersebut esok.
Beliau menegaskan, pihaknya percaya Yasin tetap tidak bersalah dan perlu menjalani rawatan yang diterimanya sekarang di Hospital Bahagia Ulu Kinta.
“Keputusan hari ini, kita akur dan hormat dan Mahkamah Tinggi ada hak untuk mengesahkan atau menukar apa-apa keputusan di Hakim Mahkamah Sesyen.
“Kita ada satu lagi lapisan di Mahkamah Rayuan dan kita akan lawan di peringkat tersebut,” katanya.
Sumber: Kosmo!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live