"Beli Viva Pakai Duit Pinjaman, Mandi Di Petronas & Kena Tampar Di Set" - Saharul Ridzwan Kongsi Kisah Awal Jadi Artis

Amri Hassan
Julai 1, 2018 12:25 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan mengimbas kembali kenangan susah-payah ketika awal bergelar artis.
Kongsi Saharul, kehidupannya bermula dengan hanya menaiki kereta jenis Perodua Viva hingga kini menggunakan Mercedes Benz
"Viva ini aku beli gunakan duit pinjaman Mara untuk bayar deposit, tapi aku graduasi dengan 3.71, tak perlu bayar apa-apa. Berjayakah aku?
"Dan sekarang, aku berdiri di hadapan sebuah kereta yang penuh dengan nilai sentimental, merenung betapa susahnya mendaki sebuah kejayaan," tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Saharul mendedahkan dia pernah melalui saat sukar kenderaannya rosak di tengah-tengah jalan, kemalangan dan mandi di stesen minyak.
"Mandi di petronas, kereta rosak tengah jalan, kemalangan dan macam-macam lagi. Sehinggalah aku mampu untuk pakai kereta Merc di belakangku," ujarnya.
Saharul juga berkata, dia berterima kasih kepada penerbit Sheila Rusly dan suaminya, Jinggo yang mendidiknya hingga merangkul pelbagai anugerah.
"Aku pernah ditampar diset, tapi aku tak ambik hati langsung, aku tahu guru aku sedang mengajar aku atas kesilapanku.
"Masa tengah shooting Kau Aku Kita aku cakap dekat sis “Sis, saya nak award, saya nak orang nampak hasil kerja saya.
"Kami sapu semuanya dalam DFKL2016. Terima kasih Sis dan abg Jinggo. Terima kasih, tapi berjayakah aku?" tulisnya.
Perkongsian kisah hidupnya menyuntik inspirasi buat peminatnya yang turut kagum dengan usaha gigih pelakon itu.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @saharulridzwan
#pelakon #Viral #Saharul Ridzwan #Pelakon #Viral