Hiburan
Bella Astilah Tempelak Netizen Pertikai Pakai Baju Bersaiz Besar, "Wajib Ke Kena Post Tunjuk Perut Dengan Baju Ketat ..."
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menyatakan keputusan untuk mengenakan baju raya bersaiz besar adalah untuk keselesaan diri.
Tegas Bella, tidak timbul isu dia berasa malu untuk menunjukkan perut yang makin hari makin membesar memandangkan sudah diketahui umum kini dia sedang hamil.
"Bella punya baju raya dua-dua besar sebab mau keselesaan tapi ada akaun palsu beri komen cakap 'kenapa pilih baju besar sebab malu nak tunjuk perut ke'.
"Astaghfirullahalazim haa sampai mengucap. Siapa pun lah awak di sebalik akaun palsu tu, pertama saya rasa semua dah tahu saya mengandung.
"Kedua kalau hamil wajib ke kena post tunjuk perut dengan baju ketat. Boleh ke saya buat macam tu? Kena kecam tak?" tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram Stories.
Tambah isteri kepada penyanyi Aliff Aziz menyatakan dia ada melakukan 'maternity shoot' cuma foto itu tidak sesuai untuk dikongsikan buat masa sekarang.
"Ada ja gambar 'maternity shoot' tapi masa tu Bella hormat bulan Ramadan tak sesuai untuk post dan sekarang raya macam tak sesuai juga.
"Apapun, hidup ni kena sentiasa mendoakan orang lain sebab roda kehidupan berputar.
"Bila kita mendoakan kebaikan untuk orang, ada saja kebaikan untuk kita juga," tulisnya lagi.
Kecoh baru-baru ini apabila Bella memaklumkan sudah kembali rujuk dengan Aliff ketika dalam tempoh iddah dan sedang berbadan dua.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 namun mahligai yang dibina berkecai kerana sikap Aliff sendiri yang kerap curang dengan wanita lain.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia tiga tahun.
Must-Watch Video