Bella Astillah Enggan Ulas Permohonan Maaf Ruhainies
Gempak
09/05/2024 09:49 MYT
09/05/2024 09:49 MYT
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah memaklumkan dirinya kekal tenang berdepan pelbagai kontroversi yang melanda kehidupannya sekarang.
Malah Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, juga enggan melayan sebarang pertanyaan membabitkan mana-mana individu yang dikaitkan dengannya.
Ia termasuk enggan mengulas permohonan maaf yang dibuat secara terbuka oleh Ruhainies, baru-baru ini, atas kontroversi yang melanda mereka.
"Selebihnya semua di mahkamah dan saya minta semua doakan yang baik-baik sahaja.
"Apa-apa semuanya diserahkan kepada peguam saya. Saya hanya dengar nasihat peguam. Saya fokus karier sahaja dan perkara selebihnya kita bawa ke mahkamah," katanya.
"Ketika ini saya hanya fokus kepada kerja sahaja. Saya tidak tahu ada apa-apa 'update' (berhubung hantaran terbaharu Sarah di Instagram). Saya tiada komen mengenai itu," katanya.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Malah Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, juga enggan melayan sebarang pertanyaan membabitkan mana-mana individu yang dikaitkan dengannya.
Ia termasuk enggan mengulas permohonan maaf yang dibuat secara terbuka oleh Ruhainies, baru-baru ini, atas kontroversi yang melanda mereka.
"Saya minta maaf banyak-banyak. Sekarang ini saya nak fokus untuk hari ke Mahkamah Syariah sahaja.
"Selebihnya semua di mahkamah dan saya minta semua doakan yang baik-baik sahaja.
"Apa-apa semuanya diserahkan kepada peguam saya. Saya hanya dengar nasihat peguam. Saya fokus karier sahaja dan perkara selebihnya kita bawa ke mahkamah," katanya.
BERITA TRENDING: Dituduh Tak Ikhlas Mohon Maaf & Tak Jujur Hubungan Dengan Aliff Aziz, Ini Respons Ruhainies!
Sarah Yasmine & Aliff Aziz
Ibu kepada dua anak ini juga tidak mahu mengulas berkenaan Sarah Yasmine yang menjalinkan hubungan dengan suaminya, Aliff Aziz."Ketika ini saya hanya fokus kepada kerja sahaja. Saya tidak tahu ada apa-apa 'update' (berhubung hantaran terbaharu Sarah di Instagram). Saya tiada komen mengenai itu," katanya.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.