HIBURAN
Bella Astillah Kongsi Video Cabaran ‘Make Up’, Jawapan Syed Saddiq Mengenai Definisi Cantik Buat Peminat BASS Tak Keruan
Perkongsian video di TikTok Bella Astillah yang memperlihatkan pelakon dan penyanyi itu disolek oleh Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq menarik perhatian netizen.
Cabaran solekan
Menerusi perkongsian itu, Bella memberikan cabaran kepada Saddiq untuk menyolek wajahnya menggunakan produk kosmetik yang disediakan.
ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq Kongsi Momen Bella Astillah Masak Semua Juadah Untuk ‘Open House’ - “Sebelum Itu Dia Kat Luar Duduk Cangkung, Bersihkan Kuali”
ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah Kongsi Tradisi Raya Bersama Rakan Sekolah, Syed Saddiq Berjoget Pula Curi Tumpuan - “Dah Macam Tarian…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Cara Dia Lebih Mesra Berbanding ...” - Netizen Puji Muaz Zabir Pandai Layan Anak-Anak Bella Astillah
Namun Saddiq gagal dalam cabaran itu apabila memilih kod warna yang salah untuk digunakan pada wajah Bella.
Pilihan kod warna salah
Pemilik nama Dayang Nabellah Awang Astillah itu kemudian memilih untuk membersihkan semula ‘foundation’ yang digunakan Saddiq.
“Gelap, ini bukan warna saya. Padam, tak apa biar saya buat sendiri saja. Saya dah takut dah. Tak apa,” kata Bella.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 31 tahun itu ada bertanyakan mengenai definisi kecantikan bagi Saddiq dan jawapan yang diberikan menarik perhatian peminat BASS.
“Definisi cantik, Bella Astillah,” kata Saddiq secara spontan.
Hubungan mesra Bella Astillah dan Syed Saddiq sememangnya sentiasa menjadi perhatian di laman sosial sehingga peminat mewujudkan gabungan nama mereka menjadi ‘BASS’.
@bellaastillah_94 Korang pun pakai g2g ke? Sebab best tau! Tahan seharian sampai ke malam ☺️🫶🏻 Mua jemputan ni kan haihhh.. sabar je lah🌚 @Glad2Glow.my ♬ original sound - Bella Astillah
Must-Watch Video