HIBURAN
Bella Astillah Kongsi Tradisi Raya Bersama Rakan Sekolah, Syed Saddiq Berjoget Pula Curi Tumpuan - “Dah Macam Tarian…”
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, mencuri perhatian warganet selepas memuat naik momen istimewa sambutan raya ke-12 bersama rakan-rakan sekolah lamanya, dengan kehadiran istimewa Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq.
Dalam satu perkongsian di TikTok dan Instagram, Bella berkongsi kemeriahan tradisi tahunan mereka yang melibatkan sesi “talent time” dan berkumpul bersama.
@bellaastillah_94 Raya ke doblas dengan kawan2 dari zaman sekolah lagi🥹🫶🏻 P/s: Acara wajib bella every year bila raya(berkumpul dan talent time) cuma tahun ni yb cakap buat kat rumah dia je senang so dia tak perlu ikut ke rumah kawan2, bella faham sebab dia pun busy banyak sangat kerja💼 Appreciate the warm hospitality last night! Thank you YB @Syed Saddiq ♬ original sound - T3at3r Muzikal Collective
Bukan itu sahaja, Bella turut memaklumkan acara tahun ini diadakan di rumah Syed Saddiq sendiri.
“Acara wajib Bella every year bila raya — berkumpul dan talent time! Tapi tahun ni YB cakap buat kat rumah dia je senang, so dia tak perlu ikut ke rumah kawan-kawan. Bella faham sebab dia pun busy, banyak sangat kerja,” tulis Bella di ruangan kapsyen.
Namun yang paling mencuri tumpuan netizen adalah gelagat Syed Saddiq dalam video yang dikongsikan Bella, di mana Syed Saddiq dilihat menari secara santai bersama tetamu yang hadir.
Rata-rata netizen terhibur dengan gaya bersahaja YB tersebut, malah memuji Syed Saddiq kerana gelagat yang dipaparkan jarang dilihat daripada seorang figura politik.
“Up to you lah YB nak menari macam mana… yang pasti, so kiut sangat dan menghiburkan!
“YB sporting memang bukan bidang dia. Keras YB menari sebab terlalu duduk di parlimen. Dapat jodoh artis, mau tak mau kena menari.
“Comel nya YB menari , dah macam tarian pak Maun,” komen beberapa netizen.
Must-Watch Video