Bintang Gegar Vaganza 8 (GV8), Aliff Aziz menyifatkan tindakan isterinya, Bella Astillah yang lebih lantang bersuara di media sosial setiap kali datang serangan dari netizen sebahagian daripada mainan perasaan.
Jelas Aliff, sebagai isteri, Bella lebih bersikap melindungi dan barangkali enggan melihatnya tertekan setiap minggu apabila muncul kata-kata tidak manis dari netizen.
"Saya ada cakap dengan Bella juga kita perlu hormati pendapat semua orang juga, setiap orang berhak menyatakan pandangan sama ada betul atau tidak itu biar Allah saja yang tahu.
"Mungkin dia sebagai isteri terbawa dengan perasaan dan saya menganggap ia just a pinch of salt. Saya hanya tawakkal, anggap setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita adalah susunan daripada Allah," katanya kepada Gempak.
Terdahulu, di media sosial terutamanya Twitter, Bella menjadi individu paling lantang bersuara setiap kali netizen mengecam, mengkritik atau tidak berpuas hati dengan persembahan Aliff di pentas GV8.
BACA: "Excuse Me?! Jangan Tahu Nak Condemn Je" - Bella Astillah Sanggah Netizen Kutuk Aliff Aziz
Dalam pada itu, Aliff tampil mengulas mengenai pandangan segelintir pihak yang menganggap kemaraannya ke pentas akhir GV8 tidak layak.
"Ini semua rezeki Allah dah tentukan. Orang kata anak emas, ada kata favouritisme tapi semua orang punyai pendapat sendiri dan perlu hormati, sama ada betul atau tidak Allah saja yang tahu.
"Tapi bagi saya apa yang Allah dah susun ni kita bersyukur dan saya cuma harap semua orang tenang-tenang saja insya-Allah. Tak perlu gaduh-gaduh, apa yang terjadi Allah dah susun.
"Mungkin rezeki saya kali ini, saya pun tak jangka sebenarnya. Ramai yang hebat-hebat Masya-Allah," ulasnya.
Malah, ketika ditanya mengenai lagu 'makanan' yang diberi untuk pentas akhir pada Ahad ini, Aliff menganggap ia subjektif.
"Masya-Allah, pada komen yang baik atau tidak baik, terima kasih banyak-banyak kerana memberi input. Setiap orang punyai pendapat sendiri dan saya menghormati semua seperti saya katakan sebelum ini.
BACA: Kerap Dapat Lagu 'Mudah' Setiap Minggu, Netizen Tuduh Aliff Aziz Peserta Favourite GV8?
"Tetapi saya harap untuk pentas akhir ini bersama-sama kita tenang-tenangkan diri kita dan sama-sama buka minda dan hati kita untuk enjoy konsert final nanti.
"Soal makanan atau tidak itu subjektif kepada semua orang. Macam lagu pada malam konsert separuh akhir ada yang rasakan lagu Taufik Batisah (Sesuatu Janji) itu lagu mudah tapi untuk saya ada cabarannya tersendiri dan ada bahagian yang saya perlu perbaiki.
"Tapi bukan untuk saya menceritakan kerana tugas saya sebagai penghibur untuk menghiburkan, apa saja masalah atau cabaran kita kena tanggung atas bahu kita sebagai penghibur.
"Jadi saya harap doakan yang baik-baik kepada semua bukan hanya kepada saya," tambahnya.
Aliff bakal menyanyikan lagu Sampai Syurga (Faizal Tahir) dan Dealova (Once) berduet bersama Hafiz Suip pada konsert akhir Ahad ini.
GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
Amri Hassan
Thu Jan 20 2022


Isteri Pramugara MH370 Selar Lawak 'Bodoh' Jocelyn Chia! - "Tak Berhati Perut, Teruk, Tasteless!"
Tak jaga hati orang!

Isu Pelawak Singapura Jadikan Tragedi MH370 Sebagai Bahan Gelak, Farhan Shah Minta Maaf - “Dia Telah Melampaui Batas…”
Farhan Shah bersuara...

“Bukan Ismail Izzani” - Plot Twist! Rupanya Dakwaan Hamil Anak Artis Lelaki Tak Benar, Wanita Mohon Maaf Akaun Akan Dipadamkan
Tiba-tiba akaun tu kata semua tak benar.

Jadi Pilihan Untuk Konsert David Foster & Friends, Impian Datuk Sri Siti Nurhaliza Jadi Kenyataan
Konsert David Foster & Friends dijadual berlangsung 7 Ogos di Mega Star Arena

Peraduan Gempak Most Wanted
Menang tiket ke Showcase Jiwa Kacau? Jom sertai sekarang!

Janda Anak Dua Kahwin Dengan AI Ciptaannya, Suami Bekerja Dalam Bidang Perubatan
Macam-macam ek!

Gaji Tukang Paip Berlesen Di Singapura Cecah RM40,986 Sebulan
Sangat lumayan!

GMW: Daniel Kenakan Pelakon Transformers, Power Cara Qawiyaro & Furqan Motivate Orang Mengaji
Banyak lagi yang menarik GMW minggu ini.

Adam Corrie Terkejut Dikatakan Sudah Meninggal Dunia - "Mereka Buat Begini Untuk..."
Adam Corrie meninggal dunia?

“Kacak Akan Jadi Penaung Yang Hebat” - Mahu Kembali Ke Dunia Bola Sepak, Datuk Vida Percaya Mampu Selamatkan The Red Warriors
DSV percaya Kacak bakal jadi penaung yang hebat.