HIBURAN
Bella Astillah Menangis Terharu Ayden Berjaya Tamatkan Renangan 400m, Kagum Keberanian Anak - “Saya Sangat Takut Sampai…”
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya, Ayden Adrean berjaya menamatkan renangan pada Pesta Renang Langkawi (LSF) di Dataran Tanjung Rhu, Langkawi, semalam.
Bella Kagum Anak Berani
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Bella mengakui bimbang akan anaknya itu yang bersungguh menamatkan renangan sejauh 400 meter dengan catatan 16:21s.
“My son's first ever swimming competition 400 meters in the sea with just over a week of training, memang sangat takut sampai tak terkeluar suara (air mata yang keluar).
“Saya tidak tahu sama ada dia boleh melakukannya... tetapi dia melakukannya. Dia berenang dengan sepenuh hati dan berjaya sampai ke penamat,” kongsi Bella.
Keluarga Turut Menangis Terharu
Dalam pada itu, Bella turut mengakui dia dan keluarga menangis terharu apabila Ayden berjaya menyelesaikan renangan dengan penuh berani.
“Sebagai seorang yang tidak boleh berenang pun (sebab trauma dan kisah gelap), melihat anak saya di laut terasa seperti jantung saya berada di luar badan saya.
“Tetapi dia berani, kuat, dan tegas. Dan dia menyelesaikannya!!
“I cried, dan satu keluarga pun nangis & sebab dia berjaya lakukannya. My strong baby Ayden.
“Anda adalah anak sulung saya, kebanggaan saya, segala-galanya saya. Sebagai ibu dan ayah anda dalam satu, saya akan melindungi anda, membimbing anda, bersorak untuk anda, dan menyayangi anda tanpa henti. InsyaAllah,” tutup Bella.
Dalam masa sama, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menamatkan renangan sejauh empat kilometer (4km) dalam masa 2 jam 6 minit 28 saat.
Must-Watch Video