Laman Utama

Bella Dally Gembira Dengan 'Kejutan' Dalam Kehidupan!

gempak
Asraf Aided
27/08/2020
11:53 MYT
Sponsor Banner
Bella Dally Gembira Dengan 'Kejutan' Dalam Kehidupan!
Pelakon Bella Dally mendedahkan dia sudah lama meminati perkara berkaitan kecantikan dan kosmetik sejak kecil lagi.
Menurut Bella, dia sudah memiliki koleksi solekan sendiri seawal usia sembilan tahun.
"Saya sangat meminati kosmetik dan kecantikan sejak kecil lagi, dahulu, saya selalu bermain dengan alat solek ibu saya.
"Dan pada usia sembilan tahun, saya sudah memiliki koleksi mekap sendiri yang dibelikan oleh ibu bapa saya, saya yang suruh mereka beli.
"Malah, sehingga satu tahap, saya pernah ingin menjadi seorang jurusolek," kongsi Bella di Instagram.
Tambah Bella, dia kini berasa gembira kerana berpeluang untuk memiliki jenama kosmetik sendiri iaitu OLUMIS Cosmetics.
"Sekarang, saya telah memiliki jenama kosmetik sendiri, begitulah kehidupan, ia mempunyai cara tersendiri untuk memberi kejutan," tulisnya lagi.
Perkongsian Bella itu mendapat perhatian dari para pengikutnya.
Rata-rata mereka meninggalkan respon positif dan memuji kecantikan pelakon kesayangan mereka itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024