HIBURAN
Bella Dally Luah Rasa Syukur Dapat Tunai Ibadah Haji - “Saya Tak Mahu Kembali Tanpa Perubahan Dalam Diri”
Pelakon, Bella Dally berkongsi detik-detik penuh makna ketika mengerjakan ibadah Haji baru-baru ini.
Dalam coretan yang menyentuh hati, Bella mengakui bahawa tiada kata yang mampu menggambarkan perasaannya sepanjang menjalani ibadah yang menjadi rukun Islam kelima itu.
“Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan ini. Namun satu perkara yang pasti perjalanan untuk menjadi lebih baik tidak berakhir di sini.
“Hari ini, saya berhenti sejenak untuk merenung perjalanan saya dan apa yang menanti di hadapan.
“Apabila saya pulang ke tanah air, mungkin saya masih orang yang sama dari luar, tetapi saya tidak mahu kembali tanpa perubahan di dalam diri. Ya Allah, jadikanlah ini satu permulaan,” coretnya.
Dalam masa sama, Bella turut memanjatkan doa buat mereka yang masih menanti peluang untuk menunaikan Haji.
“Terima kasih atas doa kalian kerana doa-doa itu, dan dengan rahmat Allah, perjalanan ini menjadi lebih lancar daripada apa yang saya bayangkan.
“Saya berdoa agar sesiapa yang hatinya merindui untuk menunaikan Haji akan dijemput segera, pada waktu yang paling sempurna menurut kehendak-Nya,” tutupnya.
Must-Watch Video