Hiburan

"Belum Berhenti Berlakon Tapi Kalau Suami Bagi 'Greenlight' ..." - Hanez Suraya

gempak
Amri Hassan
15/10/2019
07:55 MYT
Sponsor Banner
"Belum Berhenti Berlakon Tapi Kalau Suami Bagi 'Greenlight' ..." - Hanez Suraya
Pelakon Hanez Suraya menjelaskan dia masih menunggu keizinan daripada suaminya Romie Razin Adilha untuk membenarkannya kembali berlakon.
Akui Hanez, 34, dia merindui dunia lakonan namun kekangan masa untuk menjaga dan menguruskan anak membataskannya untuk menerima tawaran.
"Memang rindu sangat nak berlakon tetapi semuanya bergantung atas keizinan suami saya.
"Saya tak berani cakap sudah berhenti berlakon, mana tahu akan ada rezeki akan datang dan tiba-tiba suami pula izinkan, sudah pastinya saya akan terus terima semua tawaran yang datang.
"Cuma, buat masa sekarang saya terpaksa menolak tawaran berlakon dengan cara baik walaupun watak yang ditawarkan itu memang sudah lama saya mahukan," kata Hanez kepada Gempak.
Tambah Hanez lagi, sebagai individu yang gigih bekerja sejak dahulu lagi, waktu lapangnya kini terisi dengan aktiviti bersama keluarga dan perniagaannya.
"Biasanya suami saya akan kata okey, tetapi dia akan bertanya semula kepada saya kesanggupan untuk meninggalkan anak untuk berlakon.
"Ketika itu hati akan berbolak-balik dan saya sendiri memutuskan untuk tidak berlakon buat masa sekarang.
"Suami saya sangat kenal perangai saya yang akan sibuk sepenuhnya apabila mula berlakon. Jadi, saya hadkan masa saya untuk kerja lapangan sebagai duta produk Deeja Cosmetics, perniagaan dan keluarga sahaja," ujarnya.
Hanez dan Romie berkahwin pada Mac 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata Putri Aleesya, 4, dan Putri Raleensya, 3 bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live