Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Belum Bersedia Tapi Allah Tahu Apa Yang Terbaik...”- Beri Bayangan Mahu Bersalin, Fasha Sandha Mohon Doakannya

Syafiqah Jalal 06/08/2020 | 12:36 MYT
Pelakon Fasha Sandha memberi bayangan dia bakal melahirkan anak ketiganya tidak lama sahaja lagi.
Fasha meminta agar semua mendoakan kesejahteraan dirinya dan anak dalam kandungannya yang digelar Baby A.
“Assalamualaikum, doakan ibu dan Baby A.
“Belum bersedia tapi Allah tahu apa yang terbaik,” katanya.
Fasha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama baby bump di hadapan cermin meja solek.
Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya termasuk suaminya Aidil Aziz yang turut meminta mendoakan yang terbaik.
“Harap semua mendoakan yang terbaik,” komennya.

Assalamualaikum, Doakan ibu dan Baby A ? Not ready yet but Allah knows Best ❤️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Sebelum itu, Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada April 2012.
Namun, rumah tangga mereka menemui titik noktak pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima.
#pelakon #Bersalin #Fasha Sandha #Pelakon #Doa
;