Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Belum Rezeki Timang Anak, Raya Anzalna & Suami Tetap Meriah

Rozaimi Zubaidi
14/06/2018 01:00 MYT
Pelakon cantik, Anzalna Nasir mengakui sambutan perayaannya pada tahun itu
tetap meriah walaupun tanpa kehadiran zuriat.

Menurut Anzalna, pada tahun ini dia akan beraya di ibu kota sebelum pulang ke
kampung halaman ibu bapanya di Pulau Pinang dan Muar, Johor.

"Alhamdulillah semua persediaan raya berjalan dengan lancar walaupun dalam
keadaan cukup sederhana tetapi meriah.

"Rutin raya sama sahaja seperti tahun-tahun sebelumnya .

"Walaupun saya dan suami masih beraya berdua tanpa kehadiran zuriat tetapi
saya tidak rasa ia sebagai satu kekosongan.

"Saya beryukur dengan apa yang dikurniakan dan gembira serta bahagia dengan
kehidupan sekarang," katanya kepada Astro Gempak.

Anzalna berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Program
Raya Astro 2018 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Anzalna bakal memulakan penggambaran drama bersiri
selepas sambutan Aidilfitri dan bakal ke Paris, Perancis untuk menghadiri
acara sebuah produk kecantikan.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#pelakon #Anzalna Nasir #Pelakon