Hiburan

Belum Sedia Cari Pengganti, Julia Farhana Fokus Terhadap Lakonan

gempak
Zulaikha Yusof
05/07/2019
03:57 MYT
Sponsor Banner
Belum Sedia Cari Pengganti, Julia Farhana Fokus Terhadap Lakonan
Pelakon Julia Farhana Marin menyatakan dirinya sudah tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan aktor Erwin Dawson.
Namun begitu, Julia akui masih berkawan baik serta tidak mempunyai masalah jika suatu hari digandingkan bersama dalam lakonan.
"Saya masih berkawan baik dengan Erwin walaupun kini tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.
"Kalau di masa akan datang kami dituntut untuk bekerjasama dalam satu naskhah saya tiada masalah untuk berlakon bersama dia.
"Saya pasti dia pun mesti tiada masalah kalau kami digandingkan bersama," katanya kepada Gempak.
Julia ditemui pada majlis pelancaran filem Coast Guard di The Rouge Club, Red Hotel Kuala Lumpur.
Tambah Julia, dia akui belum bersedia untuk bercinta atau menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana lelaki.
"Saya tidak bersedia lagi untuk bercinta atau mempunyai hubungan serius dengan sesiapa buat masa ini.
"Sekarang saya memang cukup sibuk dengan kerjaya dan keluarga.
“Kerjaya saya sekarang semakin berkembang dan kini saya pun dah dapat watak yang idamkan," katanya lagi.
Mulai bulan Ogos, Julia akan mula menjalani penggambaran filem Coast Guard yang akan dijalankan di sekitar Langkawi, Perlis dan Kuantan.
Selain Julia, filem yang diarahkan oleh pengarah tersohor tempatan, Hashim Rejab turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Saharul Ridzwan, Emma Maembong, Sabri Yunus, Aziz M Osman, Hazama, Black dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live