Membesar dalam keluarga yang terlibat dalam dunia politik, cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mengakui dia tidak pernah terfikir untuk mengikut jejak langkah arwah bapanya.

Bagaimanapun, Fazley yang juga seorang penyanyi ini memberitahu dia sentiasa terbuka untuk menyumbangkan tenaga dan kudrat kepada masyarakat jika diperlukan.

“Saya membesar dalam keluarga politik, ayah saya pernah bertugas sebagai seorang senator dan dia juga Setiausaha dalam sebuah parti politik. Saya pun membesar sebagai motivator untuk semua parti politik.

“Saya dah terlibat dalam dunia politik terlalu lama, jadi untuk berkecimpung secara langsung dalam bidang itu sebagai seorang ahli politik, tak pernah terfikir lagi.

“Saya hanya menyumbang tenaga dan kudrat dalam masyarakat mengikut cara saya sendiri. Bagi saya, apabila masyarakat memerlukan saya, barulah saya akan fikirkan.

“Sekarang ini, sumbangan saya dari segi peminat nak saya cipta makanan,” kata Fazley kepada Gempak.

Untuk rekod, bapa Fazley iaitu Allahyarham Datuk Yaakob Mohammad pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Kerja BN, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Setar dan Ketua Biro Kebajikan dan Kemiskinan UMNO Alor Setar.

Selain menjawat jawatan Setiausaha Kerja UMNO bermula 1988 dan pernah menjawat jawatan Setiausaha Kerja BN bermula 1991 hingga September 2009.

Dalam pada itu, Fazley turut mendedahkan dia pernah banyak kali menerima tawaran daripada beberapa parti politik sebelum ini.

“Sejujurnya ada, lebih daripada tiga parti politik yang tawarkan saya untuk sertai mereka setiap kali dekat nak Pilihan Raya. Ada saja tawaran-tawaran tersebut.

“Apatah lagi ketika bersama arwah ayah saya, masa itu saya berumur 22 tahun dah ada tawaran untuk saya sertai parti politik sebagai Pemuda dan sebagainya.

“Tapi saya sentiasa menolak secara baik. Bagi saya, lebih baik saya berkhidmat di atas pagar… tiada parti politik yang say