Hiburan
“Belum Terkurung Dalam Kubur Lagi” - Kongsi Rasa Bosan Sepanjang PKP, Kazim Elias Beri Peringatan Pedas!
Pendakwah bebas Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi rasa bosan sepanjang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menerusi laman sosial Facebook, Kazim nemuat naik satu hantaran memberi peringatan buat sesiapa yang merasa bosan duduk di rumah.
“Tak keluar rumah dua, tiga minggu pun dah terasa bosan padahal ada makan minum, TV, WiFi, anak, isteri.. semua ada.
“Macam mana pulak rasanya orang dalam penjara bertahun-tahun kena hukuman. Belum yang terkurung dalam kubur lagi,” tulisnya.
PKP fasa ketiga yang bermula hari ini sehingga 28 April merupakan waktu kritikal dalam usaha negara memutuskan rantaian sekali gus menghapuskan wabak COVID-19.
Hasil tinjauan Gempak di ruang komen, rata-rata wargamaya meninggalkan komen positif dan bersyukur apabila masih boleh bergerak di dalam rumah masing-masing.
“Sama mcm saya pikir jugak ustaz. Bersyukur masih bebas bergerak ke sana ke sini dalam rumah, buat macam-macam aktiviti dan masih ada orang-orang tersayang disekeliling kita,” kata seorang wargamaya.
“Betul tu Datuk, Banyak pengajaran yang kita dapat dari PKP ni. Insya-Allah bermanfaat kalau hati kita ikhlas perbaiki diri. Moga Datuk dan kita semua sihat sejahtera dalam rahmat kasih sayang Allah SWT,” doa seorang wargamaya.
“Itulah yang saya bicarakan bersama banduan yan berada di dalam bengkel saya ustaz. Sekarang saya betul-betul faham perasaan mereka. Apa itu erti berkurung. Tapi kita lebih beruntung masih boleh menggunakan telefon, menonton TV, makan minum yang boleh dipilih, ada bersama keluarga. Jadi semua bersabarlah demi negara kita,” komen seorang wargamaya.
“Ye ustaz, masa kita selalunya ada aktiviti masing, taklah terasa sangat. Tiga bulan pun rasa sekejap je. Nak buat macam mana. Berdoa je la, sambil tambah ibadat,” ujar seorang wargamaya lagi.
Must-Watch Video