Hiburan
Ben Amir Lebih Selesa ‘Single’, Mahu Fokus Jadi Pelakon Aksi - “Saya Tengah Seronok Nak Bekerja…”
Pelakon Ben Amir mengakui dia masih selesa menjalani kehidupan solo tanpa perlu memikirkan soal kahwin buat masa sekarang.
Mahu Bekerja Keras
Malah, Ben berkata dia ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada karier selain mahu bekerja keras untuk menjadi seorang pelakon filem aksi selepas membintangi filem Rebel: Berontak Untuk Berotak.
“Saya masih lagi tengah rasa seronok nak bekerja, lepas tengok filem Rebel ini lagi membuatkan saya nak kerja lagi, nak jadi action movie star tu lagi tinggi… nak kerja lagi.
“Jadi, saya tak ada pun rasa nak kahwin dalam masa terdekat ini. Ya (gembira hidup single)… yela dalam hidup ini, kita saja la. Nak dapatkan kebahagian ini, pertama sekali ada pada diri sendiri.
“Sebab itu saya tak kisah travel sendiri, lagi seronok,” kata Ben kepada Gempak.
Kongsi Pengalaman Travel Solo
Dalam pada itu, Ben turut berkongsi pengalaman dia bercuti secara solo di beberapa buah tempat antaranya Vietnam dan Kemboja.
“Korang kena cuba untuk travel solo… pergi Vietnam, belajar hidup seorang diri, sesat seorang diri… bagi saya, itu satu pengalaman yang satu hari nanti korang akan bercerita dekat anak-anak.
“Ada juga kenangan pahit, hampir di samun… masa saya di Cambodia. Saya salah bual, tapi alhamdulillah tak ada apa yang jadi. Manisnya, makanan sedap-sedap,” ujarnya.
Selain Ben, filem arahan pertama penyanyi Datuk Awie yang akan ditayangkan pada 2 Mei nanti itu turut dibintangi oleh MK K-Clique, Shikin Kamal, Azlan Komeng, dan ramai lagi.
BERITA TRENDING: Cuba ‘Street Food’ Di Vietnam, Ben Amir Enjoy Momen Tengah Single - “Bila Semua Kawan Nak Kahwin & Ada Anak Tapi…”
Must-Watch Video