Pada yang sudah menonton Ben & Jody, anda pasti mengenali watak pembalak kejam Aa Tubir yang dilakonkan oleh Yayan Ruhian.

Namun adakah dalam kalangan penonton mengetahui bahawa Yayan ini bukanlah sebarangan orang dan merupakan pelakon aksi yang hebat.

Di sini kami kongsikan serba sedikit profile hebat tentang Yayan Ruhian.

1. Selain dikenali sebagai seorang pelakon aksi yang hebat, Yayan juga merupakan seorang pesilat Indonesia.

2. Bagi mereka yang tidak tahu, Yayan dilahirkan pada 19 Oktober 1968 dan usianya kini mencecah 53 tahun.

3. Yayan mempelajari seni bela diri di Perguruan Pencak Silat Tenaga Dasar (PSTD) Indonesia sejak berusia 13 tahun.

4. Dikenali melalui karakternya sebagai Mad Dog dalam filem The Raid pada tahun 2011.

5. Sudah membintangi beberapa filem popular Hollywood iaitu Star Wars: The Dorce Awakens (2015), Beyond Skyline (2017) dan John Wick: Chapter 3 (2019).

6. Yayan juga pernah berkongsi pengalamannya beraksi bersama aktor Hollywood terkenal, Keanu Reeves sewaktu membintangi John Wick: Chapter 3.

7. Saat usia menjengah tangga 50, Yayan serius menjaga kesihatan tubuh badan antaranya dengan mengamalkan rutin latihan tujuh hari seminggu.

8. Penampilan Yayan dalam Ben & Jody juga mendapat banyak pujian penonton yang mengagumi kredibilitinya dalam babak aksi.

9. Selain berlakon, Yayan juga merupakan tokoh antagonis dan fighting choreographer dalam Ben & Jody.

10. Yayan juga merupakan seorang yang tegas dan bukan sejenis tangkap muat. Sebaliknya dia sering membuat perbincangan tentang aksi yang ingin dilakukan.

Kata Yayan, harus memahami karakter masing-masing terlebih dahulu dalam Ben & Jody sebelum membuat koreo yang bersesuaian bagi setiap karakter di dalamnya.

Selain Yayan, Ben & Jody dibintangi oleh Chicco Jerikho (Ben), Rio Dewanto (Jody), Hana Prinantina (Rinjani) dan ramai lagi.

Saksikan Ben & Jody yang ditayangkan terus di pawagam rumah anda iaitu Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.