Norman Hakim sekali lagi terkejut apabila menerima sejumlah wang 'saraan' daripada anaknya, semalam.

Jika sebelum ini pelakon tersebut menerima wang belanja sebanyak RM200 daripada anak lelakinya, Danish, hasil menjadi guru ngaji secara online, kali ini Norman menerima wang daripada anak perempuannya pula, Marissa Dania.

Tanpa menyebut berapa nilai wang yang diberikan anak gadisnya itu, Norman memuat naik video dirinya 'main kejar kejar' bersama Marissa selepas anaknya lari setelah memberi sejumlah wang kepadanya.

Bersama video tersebut, pelakon itu mengambi erti dari Surah Ar-Rahman m/s 531 Surah ke-55 yang berbunyi: "Maka nikmat Tuhanmu yang mana yang kamu dustakan?"

Suami Memey Suhaiza ini turut menjawab persoalan netizen bagaimana dia mendidik anak anak sehingga mereka mampu mendahulukan orang tua termasuk memberi duit belanja.

"Ada yang tanya macam mana didik anak untuk bagi kita duit belanja. Benda ni mana ada istilah ‘didik’.

"Paling tepat ‘we lead by example’. Apa yang kita buat pada ayah mak kita,itulah yang anak anak akan belajar dan buat pada kita semula ," jelas Norman.

Hero drama The Maid yang sedang hangat ditayangkan di Astro itu kemudian bercerita bagaimana anak anaknya bijak mencari rezeki sepanjang PKP yang disifatkannya penuh hikmah.

"Alhamdulillah hikmah di sebalik PKP. Saya nampak ikhtiar anak anak untuk buat pendapatan melalui atas talian.I

"tu pun dia belajar dari apa yang kita buat. Diorang nampak ikhtiar untuk sara hidup kami sebab diorang tau yang papa, mama, mummy, abah diorang bukan asal dari orang senang.

"Long story short,terima kasih banyak2 cayang papa @marissadania_ untuk jariah ini.

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786)


"Pandai eh,dia main ‘salam kaut’ je pastu tu terus cabut lari dalam rumah. Terpinga pinga papa ingat duit apa la ni kat tangan. Baby @m_danishaa jangan bagi pulak lepas ni sebab baby belum buat income sendiri lagi tau cayang.

"Papa doakan anak2 papa semua menjadi soleh solehah diiringi kejayaan duniawi & ukhrawi Aamiin Ya Rabb", tulisnya panjang lebar.

Perkongsian itu mendapat banyak pujian dan ada segelinter pengikutnya yang berdoa agar dikurniakan anak seperti anak anak pelakon ini.

Instagram: @normanhakim_786