Selepas penyanyi dan pelakon Andi Bernadee membuat pengakuan menjadi mangsa sihir, pelbagai spekulasi tercetus termasuklah yang menuduh perkara tersebut sebagai gimik.

Pengurus Andi Bernadee, Nasir Deraman ketika dihubungi Gempak akui terkilan kerana ada pihak yang menganggap ia perkara main-main.

“Benda sihir ini bukan main-main. Takkanlah tergamak kami nak mereka cerita tentang perkara sebegini.

“Saya ada juga terbaca komen kononnya ini gimik untuk produk baru Andi dan beberapa lagi perkara negatif.

“Tetapi tidak mengapa, kami menerima ujian dari Allah ini dengan reda,” katanya.

Diminta mengulas mengenai keadaan terkini Andi, Nasir berkata penyanyi tersebut kini sedang menjalankan rawatan alternatif.

“Andi mohon maaf kepada semua rakan-rakan wartawan dan para peminat kerana tidak dapat menjawab panggilan dan mesej dikirim.

“Mohon beri ruang untuk dia menjalankan rawatan dahulu sebelum betul-betul stabil dan semangatnya kembali pulih.

“Perkembangan lain, apa yang boleh saya katakan Andi sekarang tak berapa sihat lagi tetapi kelihatan lebih baik berbanding hari-hari sebelum ini,” katanya.

Tambah Nasir lagi, keputusan untuk mendapatkan rawatan alternative buat Andi apabila melihat perubahan pada penyanyi itu.

“Andi merapu, cakap pun meleweh tak ceria macam biasa. Ada kalanya dia bercakap seorang diri dalam bilik air.

“Itu yang buat saya terfikir ada perkara tidak kena. Lagipun ini bukan kali pertama Andi mendapat gangguan sebegini.

“Selebihnya saya harap orang ramai dapat mendoakan kesihatan Andi. Saya juga ingin mengambil kesempatan memohon maaf kerana terpaksa menolak beberapa ‘job’ melibatkan Andi selepas mengambil kira keadaan dirinya sekarang.

“Kepada yang memahami, terima kasih. Hanya doa daripada kalian yang saya harapkan. Sama-sama kita doakan Andi pulih seperti sediakala,” katanya.

Sementara itu Andi, telah memuat naik hantaran terkini menerusi ruangan IG Story di akaun Instagram, memberitahu mengenai keadaan dirinya.



Tengah lewat malam semalam, Andi memuat naik rakaman video yang menunjukkan dua batang paku karat dalam mangkuk berisi kuning telur.

Menurut Andi, paku tersebut ditarik keluar dari bahagian tekaknya. Selain itu Andi turut menunjukkan katak kering yang dikatakan ditemui di atas bumbung kediamannya.

[[BACA: Andi Bernadee Kena Santau? Pergi Berubat Jumpa Paku Karat, Katak Kering...]]