Laman Utama
Bengang Big Bang 5 Tahun Belum Buat Comeback, Peminat Hantar Lori Protes Kepada YG Entertainment
Peminat kumpulan Big Bang melahirkan rasa kurang puas hati mereka dengan tindakan YG Entertainment yang masih belum memberi kata putus mengenai comeback grup kesayangan mereka itu.
Kecewa dengan sikap syarikat pengurusan itu, peminat telah melakukan protes dengan menghantar truck atau lori yang diparkir di hadapan bangunan YG Entertainment dalam usaha mereka mahu memastikan comeback Big Bang akan menjadi realisasi segera.
Menerusi laporan AllKPop, aksi protes tersebut berlangsung semalam dengan meminta empat anggota asal menggerakkan kembali Big Bang selepas salah seorang anggotanya, Seungri meninggalkan grup K Pop fenomena itu selepas skandal yang telah merosakkan reputasinya.
“YG Entertainment tidak memenuhi amanah mereka sebagai sebuah label. Kami mendesak mereka mula memberi fokus dan sokongan buat Big Bang kembali aktif dengan empat anggota asal mereka. Label ini juga perlu menguruskan kelab peminat Big Bang dengan baik,” desak kumpulan peminat tersebut.
Mereka juga mahu label tersebut mengumumkan pengunduran Seungri secara rasmi agar Big Bang dengan empat anggotanya iaitu G Dragon, T.O.P, Taeyang dan Daesung dapat bergerak melahirkan material baharu.
“Kami telah menunggu selama lima tahun untuk melihat material baharu dari Big Bang. Kami mahukan comeback Big Bang dengan empat anggotanya terlaksana,” tulis mereka lagi.
Kredit Foto: AllKPop
Must-Watch Video