Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Berang Rambut Salah Potong, Lelaki Cukur Kepala Tukang Potong Rambut

Maliah Surip
14/02/2024 13:19 MYT
Seorang pemotong rambut mengalami nasib malang selepas pelanggan bertindak mencukur sedikit rambutnya kerana tidak memenuhi permintaan fesyen yang diinginkan.

BERITA TRENDING: Glow Up Rambut Refal Hady Jadi Perhatian, Netizen Tak Peduli Tetap Minat Walau Apa Rupa Sekalipun!

Pekerja yang dikenali sebagai Suphachai itu telah berkongsi insiden yang berlaku di media sosial.

Menurutnya seorang pelanggan dari Rusia datang ke salon Salute Barbershop di Pattaya, Thailand untuk memotong rambut.

Lelaki tersebut menunjukkan gaya atau fesyen rambut yang diinginkan menggunakan bahasa isyarat kerana dipercayai tidak fasih berbahasa Inggeris.

Malangnya lelaki tersebut naik berang selepas melihat sedikit rambutnya yang telah dipotong dan ‘hilang’ sehingga bertindak mengambil pencukur lalu mencukur sedikit rambut tukang potong rambut tersebut.

“Dia berasa gaya rambut yang dipotong tidak seperti diinginkan. Dia bertanya mana rambut panjangnya?

“Dia mengamuk lalu mengambil pencukur dan mencukur sedikit rambut saya.

“Saya tidak berani membalas kerana bimbang dibuang kerja atau berdepan tindakan undang-undang jadi hanya membiarkan dia mencukur rambut saya,” cerita Suphachai seperti dilaporkan Oddity Central.

BERITA TRENDING: Putera William Adalah Lelaki Botak Terseksi Dunia 2023, Vin Diesel Nombor Dua

Suphachai kemudian mencukur keseluruhan rambutnya untuk ‘menyelesaikan masalah’ tersebut.

#Viral #Rusia #Thailand #Rambut #Cukur
;