Hiburan
Glow Up Rambut Refal Hady Jadi Perhatian, Netizen Tak Peduli Tetap Minat Walau Apa Rupa Sekalipun!
Sebuah hantaran video yang memaparkan beberapa keping gambar masa lampau pelakon kacak dari seberang, Refal Hady menarik perhatian netizen baru-baru ini.
Menerusi hantaran tersebut dapat dilihat kelainan sedikit pada rambut Refal kerana sedikit botak sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen di ruangan komen kerana jika ingin dibandingkan dengan imej nya sekarang, Refal jauh lebih kacak.
“Sumpah saya ingat Refal tu artis baru, rupanya artis lama tapi rupa dia beza sangat.
“Refal hady memang betul-betul pakai rambut palsu ya? Jujur baru tahu.
“Ku kira selama ini dia pakai rambut asli teryata palsu.
“Dia tanam rambut kan? Takpe aku still terima dia yang dah glow up tu,” tulis beberapa netizen.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang memuji kedua-dua penampilannya yang tetap kelihatan kacak di mata mereka.
“Rambut macam tu pun masih hensem.
“Refal Hady macam mana pun tetap ganteng.
“Aku malah lebih suka Refal Hady botak under cut begini,” puji beberapa netizen.
Must-Watch Video