C144 Human x Nature, sebuah filem daripada Redboy Pictures di bawah arahan pengarah berbakat Jack Stuff tentunya bakal mencetuskan impresi yang tak dapat dilupakan oleh penonton.

Filem ini menjanjikan sinematografi yang indah, manakan tidak, kru yang terlibat terdiri daripada mereka yang mahir dan memenangi pelbagai anugerah.

Sedikit info mengenai C144 Human x Nature, filem ini mengisahkan tentang dua lelaki di dalam hutan menemui bangkai pesawat yang kelihatan seperti peninggalan tentera Amerika yang terhempas di Malaysia pada tahun 1945.

Mereka kemudiannya teruja kerana ia boleh mendatangkan wang yang lumayan dengan penemuan tersebut.

Namun perkara tak diduga berlaku yang melibatkan kumpulan yang masuk jauh ke dalam hutan untuk ke lokasi bangkai pesawat berkenaan. Kumpulan yang terdiri daripada 10 orang itu telahpun tersesat.

Setelah tekanan yang dirasai, mereka mula menyalahkan sesama sendiri sehingga ada cadangan berpecah kepada dua kumpulan.

Namun setelah 144 jam, mereka berhadapan pelbagai kejadian misteri dalam hutan yang tentunya buat bulu roma berdiri! Adakah mereka mampu menemui lokasi bangkai pesawat yang mereka cari?

Semuanya akan terjawab apabila filem ini menjengah pawagam bermula 17 Februari 2022 nanti.

C144 Human x Nature dibintangi oleh Jackson Lee, Nor Mikhail, Shaun Liew, Ibrahim Edward dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!