Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Beraninya Buat Fitnah!” - Didi Astillah Berang Dituduh Pernah Bercinta Dengan Aliff Aziz

Asyikin Mayudin
16/05/2024 00:55 MYT
Pelakon Didi Astillah meluahkan rasa berang apabila terdapat satu artikel di laman Facebook menyebarkan fitnah mengenai dia dan abang iparnya iaitu penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Artikel Fitnah

Menerusi paparan skrin yang dikongsikan, artikel tersebut mendakwa Didi dan suami kepada kakaknya, Bella Astillah pernah bercinta serta tidur bersama di hotel.

“Aliff Aziz dan Didi Astilah pernah bercinta sebelum Bella... Bella bongkar rahsia Aliff Aziz dan Didi Astillah pernah tidur bersama di hotel,” tulis di artikel tersebut.

Berang dengan tuduhan tersebut, Didi memberitahu dia tidak menyangka pihak tidak bertanggungjawab itu berani melemparkan fot ah dan menjadikan ia bahan berita.

“Astaghfirullahalazim… fitnah apa ini? Beraninya buat fitnah, lepas itu jadikan artikel,” tulis Didi menerusi Instastory miliknya.

Sebelum ini, Bella mendedahkan dengan mendakwa Aliff pernah menjalinkan hubungan cinta dengan adiknya iaitu Eriqa Astillah selain curang dengan 11 orang wanita lain.

BERITA TRENDING: “Umpama Kucing Menolak Ikan” – Didi Astillah Dedah Punca Perceraian Kakaknya & Abang Ipar

BERITA TRENDING: Pernah Dipukul Oleh Ibu Antara Kenangan Ruhainies Ketika Zaman Kanak-Kanak

#Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Didi Astillah #Sarah Yasmine
;