Hiburan

“Umpama Kucing Menolak Ikan” – Didi Astillah Dedah Punca Perceraian Kakaknya & Abang Ipar

gempak
Umirah Halim
13/05/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
“Umpama Kucing Menolak Ikan” – Didi Astillah Dedah Punca Perceraian Kakaknya & Abang Ipar
Selepas penyanyi dan pelakon sensasi Aliff Aziz muncul memberikan kenyataan menerusi program Melodi baru-baru ini, adik iparnya Didi Astillah tampil membidas kenyataan Aliff.

Aliff berubah

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Didi mendedahkan bahawa sikap Aliff dipercayai telah berubah selepas memulakan penggambaraan bersama aktres, Ruhainies.
Malah, Didi turut mengatakan bahawa punca Bella bertindak menfailkan cerai adalah disebabkan kes kontroversi abang iparnya itu bersama Ruhainies.
“Memang masa abang start shooting dengan si R (Ruhainies) ni lah abang dah start berubah.
“Dah dah. Takda takda. Tak payah nak putar belit. Sekarang ni cerita dia memang penceraian ni gara-gara kes abang dan R. Full stop,” tulisnya.

Sindir Aliff

Sementara itu, Didi turut menyindir Aliff yang dipercayai berani bermesra di set penggembaraan bersama Ruhainies.
“Takkan lah pasangan kekasih dah ber LU LU, MU MU datang set bersama tak buat apa-apa? Umpama kucing menolak ikan.
"Bau ikan pun kucing dah tertarik sedangkan di set pun berani bermesra-mesra, inikan pula dah depan mata atau berdua-duaan dalam rumah?,” tambahnya lagi.
Terdahulu, pada hantaran yang sama Didi turut sempat ‘melondehkan’ kegiatan curang Aliff yang dipercayai pernah bersama dengan wanita berstatus isteri orang yang mempunyai tiga orang anak dan berasal dari Terengganu.
Pendedahan itu dibuat dipercayai kerana Didi tidak gemar apabila kakaknya, Bella ditindas oleh kenyataan putar belit yang dibuat Aliff.
Imbas semula, pada 13 Mac lalu, isteri Aliff iaitu Bella Astillah memfailkan cerai secara ekspres terhadap selebriti asal Singapura itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
la susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.
Aliff bagaimanapun enggan menceraikanBella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkan isterinya.
Bagaimanapun tidak lama selepas itu muncul beberapa foto mesa di antara Bella dan Muaz yang didakwa turut berlaku curang.
Bella bagaimanapun tidak menafikan perkara tersebut namun memberitahu hubungan mereka sekadar ingin membuat Aliff berasa cemburu.
Malah perbuatannya itu turut diketahui keluarga kedua-dua belah pihak dan isu tersebut sudah pun selesai.
Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna yang bersuai 3 tahun.

Berita Trending: Aliff Aziz; Pendosa Yang Jujur Atau Pembohong…

Berita Trending: "Saya Cuma Minta Hak Sebagai Bapa, Jumpa & Bermalam Dengan…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live