Berat 30KG, Dihasilkan 10 Tukang Mahir, Ezuwan Ismail Dedah Kesukaran Hasilkan Natcos Puteri Walinong Sari Miss Universe 2024
Amri Hassan
23/10/2024 09:25 MYT
23/10/2024 09:25 MYT
Pereka fesyen Ezuwan Ismail mendedahkan proses penciptaan kostum kebangsaan Puteri Walinong Sari untuk Miss Universe Malaysia 2024, Sandra Lim, mengambil masa beberapa minggu untuk disiapkan.
"Salah satu cabaran terbesar ialah mencari bahan tradisional yang autentik sambil berpegang teguh kepada warisan Malaysia.
"Mengimbangi elemen-elemen ini dengan reka bentuk yang moden sambil memastikan fungsi di pentas memerlukan ketelitian dan dedikasi. Walaupun terdapat cabaran ini, saya sangat gembira dengan hasilnya.
"Menghidupkan watak Puteri Walinong Sari adalah satu penghormatan, dan saya berharap persembahan Sandra di pentas dunia akan memperlihatkan keindahan warisan Malaysia," kata Ezuwan.
Tambah Ezuwan lagi, kostum seberat kira-kira 30 kilogram ini mempunyai elemen tersembunyi di mana Sandra akan mendedahkannya di atas pentas untuk melambangkan transformasi dari puteri kepada pejuang dan menunjukkan keseimbangan antara kecantikan dan kekuatan.
Seperti Puteri Walinong Sari, Sandra juga mempunyai semangat yang sama, tidak mahu menghadkan dirinya dalam satu bidang sahaja.
Sandra Lim secara rasminya memperagakan kostum kebangsaan ‘Puteri Walinong Sari’ dan gaun malam dalam sidang media di Auditorium Menara MYEG, Petaling Jaya untuk pertandingan Miss Universe ke-73 yang akan diadakan di Mexico City, Mexico, pada 16 November 2024 (17 November 2024 waktu Malaysia).
Gaun ini mencerminkan keanggunan dan kehalusan dengan fabrik mewah dan perincian yang teliti. Ia direka untuk menonjolkan keanggunan dan personaliti pemenang Miss Universe Malaysia 2024, dijangka akan menjadi tarikan utama di pentas antarabangsa.
BERITA TRENDING: Puteri Walinong Sari Inspirasi National Costume Miss Universe Malaysia 2024!
Jelas Ezuwan, prosesnya melibatkan pasukan yang terdiri daripada 10 tukang mahir yang bekerja dalam pelbagai aspek, dari menenun fabrik songket yang rumit hingga menghasilkan sulaman tebuk secara manual."Salah satu cabaran terbesar ialah mencari bahan tradisional yang autentik sambil berpegang teguh kepada warisan Malaysia.
"Mengimbangi elemen-elemen ini dengan reka bentuk yang moden sambil memastikan fungsi di pentas memerlukan ketelitian dan dedikasi. Walaupun terdapat cabaran ini, saya sangat gembira dengan hasilnya.
"Menghidupkan watak Puteri Walinong Sari adalah satu penghormatan, dan saya berharap persembahan Sandra di pentas dunia akan memperlihatkan keindahan warisan Malaysia," kata Ezuwan.
Tambah Ezuwan lagi, kostum seberat kira-kira 30 kilogram ini mempunyai elemen tersembunyi di mana Sandra akan mendedahkannya di atas pentas untuk melambangkan transformasi dari puteri kepada pejuang dan menunjukkan keseimbangan antara kecantikan dan kekuatan.
BERITA TRENDING: Sandra Lim Dinobat Miss Universe Malaysia 2024! - "Segalanya Berlaku Begitu Pantas, Syukur"
Dalam legenda tersebut, Puteri Walinong Sari tidak mahu berkahwin demi adat semata-mata, malah memilih untuk memperkukuhkan kemahiran seni mempertahankan diri dan melindungi rakyatnya.Seperti Puteri Walinong Sari, Sandra juga mempunyai semangat yang sama, tidak mahu menghadkan dirinya dalam satu bidang sahaja.
Sandra Lim secara rasminya memperagakan kostum kebangsaan ‘Puteri Walinong Sari’ dan gaun malam dalam sidang media di Auditorium Menara MYEG, Petaling Jaya untuk pertandingan Miss Universe ke-73 yang akan diadakan di Mexico City, Mexico, pada 16 November 2024 (17 November 2024 waktu Malaysia).
BERITA TRENDING: Sandra Lim Mahu Harumkan Malaysia Di Pentas Miss Universe - "Perjalanan Ini Bukan Mudah"
Selain kostum kebangsaan, Sandra juga akan memperagakan gaun malam elegan yang juga direka oleh Ezuwan Ismail.Gaun ini mencerminkan keanggunan dan kehalusan dengan fabrik mewah dan perincian yang teliti. Ia direka untuk menonjolkan keanggunan dan personaliti pemenang Miss Universe Malaysia 2024, dijangka akan menjadi tarikan utama di pentas antarabangsa.