Gaya Hidup

Puteri Walinong Sari Inspirasi National Costume Miss Universe Malaysia 2024!

gempak
Amri Hassan
23/10/2024
08:14 MYT
Sponsor Banner
Puteri Walinong Sari Inspirasi National Costume Miss Universe Malaysia 2024!
Miss Universe Malaysia 2024, Sandra Lim bakal memperagakan kostum kebangsaan berinspirasikan Puteri Walinong Sari di pentas antarabangsa di Mexico pada 16 November nanti.

BERITA TRENDING: Sandra Lim Dinobat Miss Universe Malaysia 2024! - "Segalanya Berlaku Begitu Pantas, Syukur"

Kostum kebangsaan itu telah direka oleh Ezuwan Ismail, yang menggabungkan kraf tradisional dengan fesyen kontemporari.
Rekaannya diilhamkan oleh kisah Puteri Walinong Sari, tokoh legenda dari Pahang yang dikenali dengan kecantikannya dan juga kehebatannya dalam seni pertahanan diri. Rekaan ini melambangkan keberanian, keanggunan, dan semangat memperkasakan wanita.
"Melalui kostum ini, saya ingin menunjukkan kepada dunia bahawa seorang wanita mampu menjadi anggun dan tabah pada masa yang sama.
"Puteri Walinong Sari melambangkan ketabahan dan kecantikan, dan saya berharap untuk membawa sifat-sifat tersebut ke pentas Miss Universe agar dapat menonjolkan kekuatan wanita Malaysia sambil mempamerkan kepelbagaian warisan negara kita dengan bangganya," kata Sandra Lim.

BERITA TRENDING: Sandra Lim Mahu Harumkan Malaysia Di Pentas Miss Universe - "Perjalanan Ini Bukan Mudah"

Kostum tersebut dihasilkan dengan menggunakan fabrik songket tenunan tangan sebagai asasnya dan teknik sulaman tebuk yang digunakan untuk menambah perincian halus.
Aksesori utama kostum ini termasuk hiasan kepala dan pedang. Hiasan kepala yang diilhamkan oleh topi perang tradisional, berfungsi sebagai mahkota yang mewakili kekuatan dan melambangkan kehebatan wanita Malaysia.
Pedang pula melambangkan kecekapan puteri tersebut dalam perlawanan dan peranannya sebagai pelindung rakyatnya.

BERITA TRENDING: Sandra Lim Dinobat Miss Universe Malaysia 2024! - "Segalanya Berlaku Begitu Pantas, Syukur"

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024