Hiburan
Berat 60 Kilogram Dikutuk Macam Haiwan, Bella Astillah Nekad Turunkan 20 Kilogram Selepas Bersalin
Selepas terkilan dikutuk badan besar ketika sedang hamil, pelakon dan penyanyi Bella Astillah menyasarkan untuk menurunkan 20 kilogram selepas bersalin.
Kata Bella, target yang ingin dicapainya ialah 42.8 kilogram sepertimana berat badan idealnya sebelum ini.
"This is my target. Since pregnant haritu ramai komen mengenai berat badan saya.
"Satu-satunya yang membuatkan saya kurang yakin dengan diri sendiri.
"Ya saya gemuk. Saya sedang berusaha dan tolonglah bantu saya untuk mendapatkan berat yang saya mahukan," kata Bella.
Dalam masa sama, Bella turut merayu orang ramai terutama golongan ibu yang baru bersalin untuk berkongsi tips menurunkan berat badan.
Terkini, berat badan Bella difahamkan sekitar 60 kilogram menerusi tanda pagar yang disertakan dalam entri sama #currentweight60kg.
Terdahulu, Bella mendapat simpati ramai apabila dipanggil dengan nama haiwan ekoran saiz badannya yang besar ketika sedang berbadan dua.
Ramai yang memberikan kata-kata semangat dan motivasi untuk Bella kembali langsing seperti sediakala.
Ada antara petua yang ditulis netizen ialah teruskan menyusu badan dan sentiasa makan makanan berkhasiat.
Bella yang kembali rujuk dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz telah selamat bersalin anak perempuan pada 18 Julai lalu.
Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Mohammad Ayden Adrean, 3.
Must-Watch Video