Berat Badan Naik Mendadak Dan Kuat Makan! - Zizie Izette Kongsi Pengalaman Hamil Anak Kembar

Mya Amri
Ogos 21, 2017 04:22 MYT
Pelakon drama Hero Seorang Cinderella (HSC), Datin Seri Zizie Izette akui teruja dan berkongsi pengalaman hamil anak kembar.
Zizie yang terkenal dengan watak Puan Sri Mawar ini menceritakan pengalamannya menerusi entri terbaru akaun Instagramnya.
Kata Zizie dia semakin merasai perubahan pada dirinya yang kini semakin kuat makan dan cepat berasa letih.
Bagaimanapun tambah Zizie, perkara itu tidak menghalang dirinya untuk kekal aktif melakukan aktiviti harian.
Dalam pada itu menerusi satu lagi entri terbaru yang dimuat naik, Zizie memberitahu berat badannya kini mencecah lebih 70 Kg.
Menerusi ruangan komen, peminat mendoakan agar Zizie dan bayi dalam kandungannya sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Teks oleh: Mya Amri
#pelakon #Hamil #Hamil #Pelakon #Zizie Izette