Pelakon, pengacara dan penghibur yang disegani, Didie Alias pastinya gembira apabila anak perempuan keduanya Nur Dinie Ridzuan selamat dinikahkan dengan pasangannya Hanif Lufti.

Kegembiraan tersebut dikongsikan Didie atau nama sebenarnya Fadzilah binti Mohd di Instagram miliknya. Dalam perkongsian tersebut, Didie turut meluahkan rasa hati seorang ibu.

Baca: Pernah Berniaga Sate Dekat Kaki Lima, Kisah Penderitaan Didie Alias Runtun Hati Netizen...

"Alhamdullillah syukur selesai sudah Majlis Pernikahan dan Resepsi anak perempuan mumy yang kedua. @dinierdzn, 2.1.2021 tarikh bersejarah buat mumy melepaskan tanggungjawab & amanah Allah selama 24 tahun menjaga, membesarkan & mendidik dinie selama ni, mumy serahkan tanggungjawab mumy kepada menantu baru mumy @haniflutfi.

"Jagalah puteri mumy sebaiknya ya. Macam mana mumy menjaga dia selama ni. Berat rasanya hati seorang ibu melepaskan. Semuanya sudah tertulis. Mumy doakan semoga anak mumy berkekalan hingga ke jannah, menjadi isteri yang solehah buat suami," luah Didie.

Tambah Didie lagi yang mesra membahasakan dirinya sebagai Mumy, dia hanya dapat meraikan majlis secara kecil-kecilan sahaja memandangkan wabak Covid-19 masih berleluasa ketika ini.

A post shared by DiDie Alias (@ladydidiemsia)


"Mumy hanya dapat melaksanakan majlis yang kecil dengan keadaan pendamik yang semakin teruk. Mumy harap korang happy dengan apa yang mumy sediakan buat majlis yang tak seberapa untuk Dinie & Hanif. Fuhhh sebak rasa bila jari ni menaip.

"Kepada yang tidak mendapat jemputan mumy mohon maaf dan kepada yang menghadiri majlis malam tadi, apa yang kurang dari pihak mumy, mumy mohon ampun dan maaf. Mumy mampu merancang hanya Allah penentu segalanya," tulis Didie lagi.

Pada masa yang sama, Didie turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang tercinta, Norisham Ismail, ibunya Rokiah Kasim, anak-anaknya yang lain dan ahli keluarganya, serta dua orang sahabat baiknya, Enot dan Amyza Aznan.

Kredit Gambar: Instagram Didie Alias