Berita

“Berat Maintain 48kg Walaupun Dah Beranak Pinak“- Rosma AF Kongsi Tips Kekalkan Berat Badan

gempak
Syafiqah Jalal
09/06/2020
11:43 MYT
Sponsor Banner
“Berat Maintain 48kg Walaupun Dah Beranak Pinak“- Rosma AF Kongsi Tips Kekalkan Berat Badan
Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia pertama (AF1), Rosma mendedahkan dia masih boleh memakai baju raya dari tahun 2017.
Menurut Rosma baju itu masih muat dipakai kerana dia akan memastikan berat badannya kembali ke 48 kilogram (kg) selepas bersalin.
“Pakai baju raya tapi tak pergi beraya. Baju recycled je,senang.
“Ni baju raya 2017. Kita dah tetapkan dalam mind set,even dah berumahtangga dan beranak pinak,berat tetap akan kembali pada 48kg,” tulisnya.
Rosma berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Isteri kepada Khai AF itu turut berkongsi tips yang diamalkan untuk mengekalkan berat badannya sehingga kini.
“Macam mana caranya? Back on track dan disiplinkan diri kembali.
“Waktu pregnant makan saja menikmati katanya tapi bila dah bersalin terus bertindak ubah habit makan.
“Bunyi mudah nak laksanakan tu,ermmmm..tuan badan je yang tahu. Tapi kalau tak ambil tindakkan,sampai kesudah kita takkan ubah habit makan tu.
“Dalam tindakkan tu ada proses. Kita enjoy je sebab kalau stress tak membantu ya.Badan akan maintain atau ia akan bertambah naik.
“Kita yg buat jadi kita kenal diri kita,kita tau kita mampu. Just buat..
“Jangan beriya nak timbang setiap hari,lepas tu stress sorang-sorang sebab 200g pun tak turun.
“ Maka enjoy yourself ,just do it,consistent and trust the proses sebab yang buat ni kita,bukan orang lain tau. Barulah hasil itu menyusul,” kongsinya.
Rosma atau nama penuhnya Rosmayati Sidik mendirikan rumah tangga dengan Khai yang juga teman seangkatannya dalam AF, pada 2008.
Pasangan selebriti terbabit sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Muhammad Amzar Danish, 9, Nur Amani Damia, 4, dan Dania, 1.
Pakai baju raya tapi tak pergi beraya ?? Baju recycled je,senang. Ni baju raya 2017.? Kita dah tetapkan dlm mind set,even dah berumahtangga dan beranak pinak,berat tetap akan kembali pada 48KG.? Mcm mana caranya??? Back on track dan disiplinkan diri kembali. Waktu pregnant mkn Aje..menikmati katanya tapi bila dah bersalin terus bertindak ubah habit mkn.? Bunyi mudah..nak laksanakan tu,ermmmm..tuan badan je yg tau. Tapi kalau tak ambil tindakkan,sampai kesudah kita takkan ubah habit mkn tu. Dalam tindakkan tu ada proses. Kita enjoy je sbb kalau stress tak membantu iye.Badan akan maintain atau ia akan bertambah naik. Idok mau le kalau begitu.? Kita yg buat jadi kita kenal diri kita,kita tau kita mampu. Just buat..Jgn beriya nak timbang setiap hari,lepas tu stress sorg2 sbb 200g pun tak turun.? Maka enjoy ur self,just do it,consistent and trust the proses. Sbb yg buat ni kita,bukan org lain tau. Barulah Hasil itu menyusul.? #kupenggunamssenaros #mssenaros #khairosma
A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live