Pelakon Ika Nabella mengakui bersyukur apabila berat badannya semakin bertambah semasa sedang hamil anak pertamanya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Ika berharap orang ramai dapat mendoakan kesihatan bayi dalam kandungannya.

"57 kilogram (kg) (gained 9kg) & growing healthier. Kembang is my middle name & I’m proud of it.

"Asalkan baby sihat Mommy happy. Doakan kami pleaseee," tulisnya.

57kg (gained 9kgs ?) & growing healthier. Kembang is my middle name & I’m proud of it. Lol! Asalkan baby sihat Mommy happy. Doakan kami pleaseee.

A post shared by I K A N A B E L L A (@ikanabella) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui tidak sabar untuk menantikan cahaya mata yang bakal dilahirkan itu dan mendoakan agar Ika serta baik sentiasa sihat.

Difahamkan, usia kandungan Ika kini sudah masuk fasa trimester kedua namun dia tidak mendedahkan usia kandungan sebenarnya kepada umum.

Pada Februari 2017, Ika mengalami keguguran ketika kandungannya mencecah dua bulan.

Ketika itu, Ika dilaporkan reda dengan takdir Tuhan dan percaya, ada hikmah di sebalik dugaan yang dialami.

Ika dan suami, Muhammad Zaid, 32, mengikat tali pertunangan pada 14 Mei 2016 sebelum berkahwin pada 30 Julai 2016 di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang.