Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Beratnya Makin Naik, 924 Gram Dah"- Abby Abadi Kongsi Perkembangan Bayi Pramatangnya

Kamaruddin Razal 22/11/2019 | 05:25 MYT
Pelakon Abby Abadi memberitahu bahawa bayi lelakinya, Muhammad Danial Firman Faizal yang lahir pramatang masih lagi berada dalam zon kritikal.
Begitupun, Abby, 42, berkata, bayi lelakinya itu menunjukkan progres yang baik apabila dilaporkan sudah mula menunjukkan kenaikan berat badan.
"Beratnya makin naik. 924 gram dah. Minum susu mama pun okay. Alhamdulillah.
"Masih dalam inkubator, masih bernafas menggunakan bantuan mesin. Panjang lagi perjalanannya," katanya menerusi satu entri yang dikongsikan di Instagram.
Jelas Abby lagi, doktor juga memberitahu, sebarang kemungkinan juga boleh terjadi memandangkan bayinya lahir ketika usia kandungan belum cukup bulan.
"Jumpa doktor pakar baru-baru ni, katanya, baby Danial lahir dalam keadaan yg belum bersedia, jadi dalam usianya yg baru 56 hari, berbagai kemungkinan boleh berlaku .
"Setelah usaha, hanya doa yang dapat mengubah nasib baby Danial saya. Tawakal hanya pada Allah. Saya dan suami yakin babu Danial saya kuat dan akan balik rumah kurang dua bulan lagi. Insya-Allah," tulisnya.

Muhammad Danial Firman Faizal ❤️ . Beratnya makin naik. 924gram dah. Minum susu Mama pun ok, Alhamdullillah ? . Masih dalam inkubator, masih bernafas mengunakan machine... Panjang lagi perjalanannya . Jumpa Pakar baru2 ni, katanya: Baby Danial lahir dalam keadaan yg belum bersedia, jadi dalam usianya yg baru 56 hari, berbagai kemungkinan buleh berlaku . Masih dalam Zon kritikal, jadi Sy hanya mengharapkan DOA berterusan dari Sahabat2 disini. Sebab tu, tak banyak yg Sy buleh cerita. Takut tersalah info pun ye juga . Setelah USAHA, Hanya DOA yg dapat mengubah nasib Baby D Sy. Tawakal hanya pada ALLAH. Sy & Suami @jaiezzany yakin Baby Danial Sy kuat & akan balik rumah kurang 2 bulan lagi inshaALLAH.. Amin ? . Mohon doakan ye ☺️

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Pelakon yang popular dengan drama Gerak Khas itu selamat melahirkan bayi lelaki pada 27 September lalu.
Bagaimanapun bayi tersebut lahir pramatang dengan berat 535 gram sahaja ketika usianya baru enam bulan di dalam kandungan.
BACA: “Doakan Untuk Baby, Sekarang Berada Dalam NICU”- Abby Abadi Selamat Lahirkan Baby Boy!
Sebelum ini, Abby pernah mengalami keguguran pada 2017 sewaktu usia kandungannya mencecah lima bulan.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada Ogos 2015.
Hasil perkahwinan pertamanya dengan aktor Norman Hakim, Abby dikurniakan tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11.
#pelakon #Abby Abadi #Pelakon
;