Hiburan

"Beratur Beli 'Bubble Tea' Berdepan Masalah Keyakinan Diri" -  Pakar

gempak
Hanafis Haris
17/05/2019
07:41 MYT
Sponsor Banner
"Beratur Beli 'Bubble Tea' Berdepan Masalah Keyakinan Diri" -  Pakar
Kehadiran air minuman berasaskan bubble tea telah mencetuskan fenomena yang besar di Malaysia. Satu persatu jenama muncul dengan pelbagai citarasa yang berbeza-beza dan unik.
Malah orang ramai sanggup untuk beratur panjang demi mendapat air bubble tea kegemaran mereka.
Namun, disebalik ketaksuban ini tahukah anda individu yang obses dengan minuman manis ini mempunyai kaitannya dengan tahap keyakinan diri mereka?
Perkara ini telah didedahkan oleh wakil pengarah daripada syarikat perundingan di Jepun, Moeko Ohno.
Menurut Moeko, individu yang membeli bubble tea serta minuman manis mempunyai tahap keyakinan diri yang sangat rendah berbanding mereka yang tidak.
"Ini kerana mereka yang perlu mengambil kira pandangan rakan sebaya untuk tidak kelihatan seperti ketinggalan. Pandangan rakan sebaya amat penting bagi mereka.
"Dalam bahasa ringkasnya, jika semua orang mahukan bubble tea, mereka juga perlu membeli minuman itu," katanya.
Jadi adakah anda bersetuju dengan pendapat pakar ini? Tepuk dada tanya selera!
Sumber: Mothership
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live