HIBURAN
Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Wow Borhan Datang Untuk Bantu Che Ton, Masak Lamb Cop & Sos Cendawan Lada Hitam
Setiap hari program realiti drama masak pertama di Malaysia ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’ dengan pelbagai menu dan artis jemputan yang menemani Che Ton (Sherry Alhadad) memasak.
Episod kelapan menampilkan Borhan (Nas-T) dari filem Keluangman untuk bantu Che Ton masak menu Lamb Chop & Sos Cendawan Lada Hitam
Untuk Sarimah (Zarina Zainoordin) dan Tuyah (Ezu Hashim) pula akan buat ‘dessert’ iaitu Bubur Jagung yang sudah semestinya menggunakan bahan utama iaitu Goodday Fresh Cream Milk.
Lamb Chop & Sos Cendawan Lada Hitam
Bahan-bahan untuk perapan daging:
- 1-1.5 kilo daging biri-biri 3 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap pekat manis 2 sudu besar sos tomato
- 1 sudu kecil serbuk rosemary
- 1 ½ sudu besar serbuk lada hitam
- ½ sudu kecil garam 3 ulas bawang putih
- 2-3 sudu besar yoghurt
- 2 sudu besar minyak zaitun Sedikit gula
- Sedikit perahan jus lemon
Bahan-bahan untuk kentang putar:
- 3-4 ketul /600g kentang
- Susu penuh krim Secubit garam
- 2 sudu besar mentega
Bahan-bahan untuk sos perang:
- 2 sudu besar mentega
- 1-2 sudu besar serbuk lada hitam
- ½ biji bawang holland 2 ulas bawang putih
- 1 tin sup krim cendawan
- 1 tin air
- ½-1 sudu besar kicap pekat manis Sayur:
- Brokoli Kubis bunga Karot
- Daun salad
Cara memasak:
- Campurkan semua bahan ni 3SB sos tiram, 2SB kicap manis, 2 SB sos tomato, 1 sudu serbuk rosmery, 1 1/2 SB serbuk lada hitam, sedikit gram, 3 ulas bawang putih diparut halus, 2-3SB Yogurt, 2SB minyak zaiton, sedikit gula, sedikit perahan jus limau, kemudian gaul dan perapkan daging kambing di dalamnya.
- 2 ulas bawang putih dicincang halus, 1/2 biji bawang holland potong dadu.
- Brokoli dan kubis bunga di potong kecil.
- Lobak merah kupas kulit dan potong sederhana besar.
- 3-4 biji kentang- potong besar, rebus di dalam air bersama garam, sampai lembut.
- Lenyek kentang bersama dengan butter, garam dan susu segar.
- Celurkan Lobak merah, kobis bunga dan brokoli dalam air rebusan kentang tadi beberapa minit sehingga lembut, kemudian masukkan ke dalam air sejuk.
- Panaskan kuali dengan 2 sudu besar Butter, kemudian masuk kan bawang holland, setelah lembut masukkan bawang putih. Kemudian masukkan serbuk lada hitam. Masukkan satu tin sup krim cendawan dan 1 tin air rebusan kentang/sayur. Masukkan 1SB kicap pekat manis. Kacau sehingga sebati.
- Tuangkan 2SB minyak zaitun di atas grill pan, bila dah panas, letakkan daging kambing, grill sehingga masak.
- Siap untuk dihidangkan bersama salad, kentang lenyek, sayr brokoli,lobak merah dan kobis bunga. Tuang kuah ke atas daging kambing.
Bubur Jagung
Bahan:
- 250ml Jagung kernel
- 250ml Jagung cream
- 200ml santan
- 200ml Goodday fresh milk
- 2 helai daun pandan
- ½ ketul gula melaka
- 1/3 cup biji sagu putih
- Secubit garam
- Gula putih secukup rasa
Cara memasak:
- Basuh biji sagu terlebih dahulu dengan air bersih. Didihkan air dalam periuk (lebih kurang 3-4 cawan air). Masukkan biji sagu yang telah dibasuh ke dalam air mendidih.
- Masak sagu selama lebih kurang 10-15 minit sehingga sagu menjadi jernih dan lembut. Setelah masak, angkat dan toskan sagu. Ketepikan.
- Dalam periuk, masukkan jagung kernel dan jagung cream. Tambahkan santan dan Goodday fresh milk.
- Masukkan daun pandan yang dilipat untuk memberikan aroma harum. Tambahkan secubit garam dan gula putih secukup rasa (ikut selera manis).
- Kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil sesekali mengacau supaya tidak berkerak. Setelah campuran mula mendidih, kecilkan api dan teruskan memasak selama 5-10 minit.
- Masukkan gula melaka yang telah dipotong kecil ke dalam periuk. Kacau hingga gula melaka larut sepenuhnya dan bubur menjadi pekat.
- Anda boleh mencuba rasa dan menambah gula putih jika perlu.
- Setelah bubur jagung siap, masukkan sagu yang telah ditoskan tadi ke dalam periuk. Kacau rata dan biarkan semua bahan sebati. Masak sebentar lagi jika perlu.
- Angkat bubur jagung dari api dan sedia untuk dihidangkan. Anda boleh menambah sedikit santan atau susu jika ingin lebih berkrim.
‘Cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video