Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Beraya Di Kelantan, Nabila Razali Jadi Perhatian - “Comeynyo Mek Nab! Sempoi Bagi Duit Raya Tanpa Sampul”

Mya Amri
14/04/2024 06:57 MYT
Gelagat penyanyi Nabila Razali yang buat pertama kalinya pulang ke kampung suaminya, Nik Iruwan Nik Izani di Bachok, Kelantan untuk menyambut hari raya menjadi perhatian netizen.

Menerusi perkongsian sebuah video tular di TikTok, kelihatan Nabila tidak menang tangan melayan tetamu dan peminat yang hadir.

PILIHAN PEMBACA: Nabila Razali Dah Ada Jawapan Untuk Soalan Zuriat Di Hari Raya - “Kalau Ada Orang Bertanya, Itulah…”

Duit raya tanpa sampul jadi perhatian


Selain keperibadian Nabila yang lemah lembut dan tidak kekok melayan tetamu, antara lain yang menjadi perhatian adalah duit raya yang diberi olehnya.

Difahamkan Nabila tidak sempat untuk meletakkan duit di dalam sampul raya kerana tetamu yang hadir terlalu ramai.

Bagaimanapun, Nabila tetap tersenyum sambil memberikan duit raya sebelum bersalam salaman. undefined
Malah menerusi ruangan komen juga, rata-rata netizen memuji cara Nabila melayan tetamu di rumah mentua walaupun ini merupakan kali pertama buat dirinya.

Antara komen yang diterima adalah:

“Mek Nab tak dea nak bubuh dalam sampul duit raya,”

“Pandai Bella ni bawa diri kelik kampung suami,”

“Bagi duit raya tak payah tunjuk tunjuk, sempoi. Seronok anak-anak dapat jumpa artis,”

BERITA TRENDING: Nabila Razali Ada Limit Kongsi Kebahagiaan Di Laman Sosial - “Suami Saya Pun Ada Berpesan…”

BERITA TRENDING: Panik Sambut Ramadan Pertama Sebagai Isteri, Nabila Razali Masak ‘Supper’ Bukan Sahur Buat Suami


Untuk info, Nabila dan ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 39, selamat bernikah pada 18 November tahun lalu di sebuah hotel di Pahang yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

#Netizen #Nabila Razali #Raya #Kelantan #Duit Raya #Raya 2024 #Bachok #sampul raya #Mek Nab
;