Hiburan

Berbasikal Sambil Hulur Sumbangan Untuk Gelandangan...Ebit Lew Sebak

gempak
Asraf Aided
15/08/2020
04:07 MYT
Sponsor Banner
Berbasikal Sambil Hulur Sumbangan Untuk Gelandangan...Ebit Lew Sebak
Penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi rasa sebak ketika menghulurkan sumbangan makanan kepada golongan gelandangan di ibu kota baru-baru ini.
Menurut Ebit, sumbangan itu diberikan ketika dia berbasikal sekitar jam 10 malam hingga 1 pagi di Kuala Lumpur beberapa hari lalu.
"Sebak sayu 10 malam sampai 1 pagi pusing KL tengok keadaan tengah malam, sayu ada macam mak ayah kita, ada macam adik beradik dan anak-anak kita," tulisnya di Instagram.
Tambah Ebit, jumlah sumbangan makanan dan minuman itu adalah sebanyak 300 bungkus dan ia habis dalam tempoh masa yang singkat.
"Ujian mereka, bila bawa nasi, berebut-rebut tengah malam, 300 bungkus nasi dan air habis sekejap sahaja.
"Sayu hati, ramai minta dua, ya Allah maafkanlah diriku," tulisnya lagi.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari rata-rata warganet yang turut bersimpati melihat nasib mereka yang kurang bernasib baik itu.
Pada masa yang sama, ramai juga pengikut Ebit yang mendoakan agar dia memperoleh ganjaran dari Yang Maha Esa atas perbuatan baiknya itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live