,
Hiburan

"Berbeza Rasanya Menonton Sebagai Menteri Pendidikan" - Maszlee Malik Saran Orang Ramai Tonton Filem Tamil Raatchasi

Amri Hassan
03/09/2019
09:47 MYT
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menyarankan orang ramai agar menonton filem tamil berkisar sistem pendidikan sekolah kerajaan di India, Raatchasi.
BACA: Papar Realiti Sebenar Institusi Pendidikan, Netizen Puji Filem Tamil Raatchasi
Kata Maszlee, filem itu menggambarkan dasar dan perubahan yang sedang digubalnya untuk dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara.
"Dua bulan lepas filem ini keluar. Semalam saya menontonnya bersama pegawai-pegawai.
"Yang pasti, filem ini memang wajib tonton. Jalan ceritanya luar biasa. Wataknya sempurna.
"Berbeza rasanya menonton sebagai Menteri Pendidikan. Setiap babak sentiasa saya refleksikan dengan keadaan di negara kita," katanya menerusi entri di Instagram.
Filem Raatchasi, arahan S Gowthamraj itu memaparkan Jyothika memainkan peranan utama dalam mengharungi liku dan ranjau sebagai seorang guru besar yang berdisiplin tegas ingin memperbaiki keadaan sekolah daif yang dikendalikan oleh kerajaannya.
Maszlee menjelaskan filem itu mempunyai jalan cerita yang luar biasa dan watak sempurna yang dilakonkan oleh pelakon utama, Jyothika.
"Geetha Rani adalah watak pengetua adiwira yang sangat hebat. Beliau membuktikan kepada kita bahawa perubahan yang besar itu bukanlah mustahil.
"Banyak sekali dasar dan perubahan yang kita sedang gubal untuk dilaksanakan telah berjaya digambarkan dalam filem ini.
"Misalnya inisiatif PSP (Program Sarapan Percuma). Filem ini menterjemahkan aspirasi saya yang lebih dari sekadar makanan, tetapi saya ingin melihat guru-guru boleh duduk makan sekali dengan anak-anak kita.
"Begitu juga dengan isu keciciran murid. Geetha telah berjaya melibatkan semua pihak untuk atasi isu keciciran murid, termasuklah pihak polis. Ini yang sedang kita usahakan. Kita nak pastikan ‘enforcement’ itu berlaku di semua penjuru agar tak ada lagi kanak-kanak yang tercicir.
"Bukan itu sahaja. Geetha juga berjumpa dengan semua ibu bapa pelajar. Tubuhkan semacam Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) untuk pastikan ibu bapa ini terlibat aktif dengan pendidikan anak-anak mereka.
"Menjadikan pendidikan adalah visi kolektif semua pihak adalah antara hasrat terbesar saya. Kerana saya yakin, pendidikan harus berupaya menjadi objektif komuniti setempat, malah pendidikanlah yang akan meningkatkan taraf hidup mereka.
"Semua pendidik, ibu bapa, murid-murid dan sesiapa sahaja, saya sarankan untuk tonton filem ini. Segera!" tulis Maszlee.

Dua bulan lepas filem ini keluar. Semalam saya menontonnya bersama pegawai-pegawai. Saya akan tulis artikel mengulas filem ini. Yang pasti, filem ini memang wajib tonton. Jalan ceritanya luar biasa. Wataknya sempurna. Berbeza rasanya menonton sebagai Menteri Pendidikan. Setiap babak sentiasa saya refleksikan dengan keadaan di negara kita. Geetha Rani adalah watak pengetua adiwira yang sangat hebat. Beliau membuktikan kepada kita bahawa perubahan yang besar itu bukanlah mustahil. Banyak sekali dasar dan perubahan yang kita sedang gubal untuk dilaksanakan telah berjaya digambarkan dalam filem ini. Misalnya inisiatif PSP (Program Sarapan Percuma). Filem ini menterjemahkan aspirasi saya yang lebih dari sekadar makanan, tetapi saya ingin melihat guru-guru boleh duduk makan sekali dengan anak-anak kita. Begitu juga dengan isu keciciran murid. Geetha telah berjaya melibatkan semua pihak untuk atasi isu keciciran murid, termasuklah pihak polis. Ini yang sedang kita usahakan. Kita nak pastikan ‘enforcement’ itu berlaku di semua penjuru agar tak ada lagi kanak-kanak yang tercicir. Bukan itu sahaja. Geetha juga berjumpa dengan semua ibu bapa pelajar. Tubuhkan semacam Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) untuk pastikan ibu bapa ini terlibat aktif dengan pendidikan anak-anak mereka. Menjadikan pendidikan adalah visi kolektif semua pihak adalah antara hasrat terbesar saya. Kerana saya yakin, pendidikan harus berupaya menjadi objektif komuniti setempat, malah pendidikanlah yang akan meningkatkan taraf hidup mereka. Semua pendidik, ibu bapa, murid-murid dan sesiapa sahaja, saya sarankan untuk tonton filem ini. Segera!

A post shared by MM (@maszlee) on

Filem Raatchasi kini bersiaran di Astro Box Office Thangathirai HD saluran 241.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Hiburan

Sering Terima Watak Aksi, Fad Anuar Pasang Impian Mahu Bawa Watak Komedi Pula - “Saya Minat Tapi Tak Ada Rezeki Lagi”

gempak
20/11/2024
06:50 MYT
Pelakon Fad Anuar mengakui mahu keluar dari zon karya aksi dalam setiap naskah yang dibintanginya.
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Malam Gala Filem Kahar: Kapla High Council

gempak
18/11/2024
12:49 MYT
Siapa nak menang hadiah ke Gempak Movie Night Out: Tiket Malam Gala Filem Kahar: Kapla High Council
Filem

Terus ‘Mendunia’ Di Pawagam, Don Dukun Raih RM5 Juta Kutipan

gempak
18/11/2024
05:22 MYT
Filem seram komedi Don Dukun terus sukses dengan meraih kutipan terkini iaitu sebanyak RM5 juta.
Filem

Peminat Malaysia, Indonesia Tak Sabar Untuk Tonton Dongeng Sang Kancil - "Ini Tayangannya Di Malaysia Sahaja Atau Di Indo Juga"

gempak
18/11/2024
05:17 MYT
Baru sahaja tengok tayangan trailer, namun peminat sudah tidak sabar untuk saksikan filem animasi, Dongeng Sang Kancil.
Unitar