"Bercinta Bila Bergaduh Pujuk-Pujuk, Dah Kahwin Lama-Lama Makan Penumbuk" - Rabak Hati Noorkhiriah Bila...

Badrul Hashim
Julai 9, 2019 19:00 MYT
Sedih membaca satu entri Noorkhiriah yang dimuat naik di Instagramnya. Menurut Khiriah, hatinya rabak apabila mendengar sepasang suami isteri bergaduh.
"Hari ini hati akak rabak dengar pasangan bergaduh. Kesiannya dengar suara isteri dia.
"Walaupun tak kenal, kebetulan lalu di kawasan situ tadi area perumahan anak akak tanya kenapa tu Mama?" tulis Khiriah.
Menurut Khiriah, mendengar suara si suami yang keras sangat menyedihkan. Tambahnya lagi, hidup berumah tangga bukanlah senidah bercinta bila bergaduh.
"Bercinta bila bergaduh pujuk-pujuk, dah kahwin, mula-mula pujuk lama-lama makan penumbuk.
"Syaitan memang nak hancurkan apa saja. Kuatlah demi diri sendiri dan anak. Bertahanlah andai mampu," luah Khiriah.
Tulis Khiriah lagi, hatinya rabak dan sedih. Dia juga berharap agar apa juga yang berlaku mampu diselesaikan dengan baik walaupun dia tidak mengenali pasangan yang bergaduh itu.
"Akak doakan korang baiklah semula. Kesian mak ayah, tak pun rugi kenduri mahal-mahal, pelamin dah sedondon dengan baju kahwin.
"Kalau sudah koyak macam tu je, untuk bertahan makan tahun, untuk runtuh sekelip mata," tulisnya lagi.
Kredit Gambar: Instagram
#pelakon #Pelakon #noorkhiriah