Hiburan
Bercinta Dengan Bekas Kekasih, Bella Hadid 'Unfollow' Selena Gomez Di Media Sosial
Model terkemuka, Bella Hadid dikatakan telah memutuskan hubungan persahabatan dan 'unfollow' Selena Gomez dari media sosial.
Menurut laporan Daily Mail, Bella bertindak demikian kerana Selena telah menjalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya, The Weeknd.
"Bella Hadid agak terkejut apabila melihat beberapa keping foto Selena bersama dengan bekas kekasihnya.
"Ia merupakan sesuatu yang tidak dapat dijangka apabila rakan baiknya Selena sendiri yang menjalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya, The Weeknd.
"Bella dikatakan telah mengambik keputusan untuk memutuskan hubungan persahabatan mereka dan 'unfollow' Selena dari media sosial," kata sumber.
Terdahulu, Penyanyi lagu Love You Like A Love Song, Selena dikhabarkan sedang dilamun cinta dengan penyanyi The Weeknd selepas aksi mereka bercium mesra berjaya dirakamkan oleh paparazzi.
Aksi mesra Selena dan The Weeknd berjaya dirakamkan selepas mereka berdua selesai makan malam di sebuah restoran terkemuka di Los Angeles.
Must-Watch Video