gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kematian Aktres Lee Seo Yi Baru Diumum, Sudah 10 Hari Meninggal Dunia
HIBURAN
“Bayangkan Awak Lemparkan Kebencian Terhadap Saya…” - Marissa Dania
HIBURAN
Dikritik Tak Layak Ganti Awal Ashaari Dalam ‘Impak Maksima 2’, Ini Respons Arfie Shah - “Sudah Pasti Satu Tekanan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Bercuti Di London Tapi Tetap Ulang Kaji & Jawab Exam, Salute Pada Intan Najuwa! - “What Is Holiday? #LawStudentLife”

Azwa Rahman
Azwa Rahman
17/02/2022
11:35 MYT
Sponsor Banner
Bercuti Di London Tapi Tetap Ulang Kaji & Jawab Exam, Salute Pada Intan Najuwa! - “What Is Holiday? #LawStudentLife”
Pelakon jelita Intan Najuwa mencuri perhatian ramai apabila tidak lupa untuk mengulang kaji pelajaran demi menjawab peperiksaan walaupun dia kini sedang bercuti di London, United Kingdom.
Menerusi laman sosial Instagram, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 25, memuat naik foto sedang menelaah subjek undang-undang di dalam sebuah teksi di London.
Sebelum itu juga, Intan yang membawa komputer ribanya ketika bercuti dilihat beberapa kali mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan sewaktu berada di lapangan terbang serta di dalam penerbangan.
“Wait, holiday? What is that #lawstudentlife,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Difahamkan Intan turut mengambil peperiksaan secara dalam talian pada Rabu dan berkongsi momen tersebut ketika menjawabnya di sebuah kafe yang terletak berhampiran dengan hotel penginapannya di London.
View this post on Instagram
A post shared by Intan Najuwa (@intannajuwa)
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Intan yang terpaksa berdepan dengan peperiksaan sewaktu bercuti.
Tidak kurang juga ada yang memberikan pujian buat pelakon drama bersiri Bunga Hati itu yang dilabel sebagai ‘beauty with brain’.
“Girl we all stan beauty with brains. Wishing you the best of luck,” komen seorang wargamaya.
“Cant relate boleh belajar dalam kereta,” kata seorang wargamaya.
“Yes Intan tak tahu apa itu holiday kerana dia takde holiday. Keep work hard and keep rocking,” sokong seorang wargamaya.
“Good luck and all the best untuk exam. Hope to hear you pass with flying colours,” ucap seorang wargamaya.
“Salute! Wish u luck,” ujar seorang wargamaya.
“Belajar rajin-rajin sampai PhD,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 25,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Sekitar Disember lalu, Intan mendedahkan dia kini sedang menyambung pengajian peringkat asasi dalam jurusan undang-undang di kolej BAC di Singapura.
Topic Berkaitan
#Intan Najuwa
#London, UK
#Selebriti bercuti
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement