HIBURAN
Filem ‘Coolie’ Gegarkan Pawagam Malaysia! Malik Streams Bawa Eksklusif Rajinikanth & Aamir Khan Ke Layar Lebar
Malik Streams sekali lagi mencatat sejarah apabila tampil sebagai pengedar rasmi filem blockbuster Tamil terbaru, Coolie, yang telah mula ditayangkan di seluruh negara.
Coolie merupakan naskhah aksi thriller arahan pengarah terkenal Lokesh Kanagaraj dan diterbitkan oleh Kalanithi Maran.
Filem ini dibarisi barisan pelakon gergasi termasuk Superstar Padma Bhushan Rajinikanth, Aamir Khan, Nagarjuna, Shruti Haasan, Sathyaraj, Upendra dan Soubin Shahir.
Lebih istimewa, filem ini diraikan sebagai tanda 50 tahun Rajinikanth dalam industri perfileman!
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Sejak tayangan sulungnya, Coolie mencatatkan kutipan tertinggi dunia bagi hari pertama tayangan filem Tamil, sekaligus membuktikan daya tarikan luar biasa Rajinikanth di layar perak.
Dengan jalan cerita penuh karisma, aksi mendebarkan dan nilai produksi bertaraf global, filem ini dijangka menjadi pengalaman menonton yang tidak akan dilupakan.
Pengerusi Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer menyifatkan kehadiran Coolie sebagai detik bersejarah untuk peminat filem di Malaysia.
“Bagi penonton Malaysia, kami harap tayangan Coolie akan menjadi sebuah sambutan besar-besaran yang dipenuhi tenaga, semangat dan fandom yang tidak pernah pudar.
“Kami mahu Coolie menetapkan penanda aras baharu dan menyatukan penonton merentasi budaya. Ia bukan sekadar sebuah filem, tetapi sebuah peristiwa sinematik," katanya.
Apabila ditanya mengapa rakyat Malaysia perlu menonton Coolie, Malik berkata ia antara karya terbaik lakonan legenda Rajinikanth dan Aamir Khan.
“Ia adalah sejarah yang sedang tercipta, sebuah karya agung di mana Rajinikanth dan Aamir Khan berganding layar buat kali pertama, disokong oleh barisan pelakon hebat lain dan disajikan dengan sari kata Bahasa Melayu untuk dinikmati semua," tambahnya.
Ditutup dengan gambaran ringkas tentang figura utama filem itu, Malik menyifatkan Rajinikanth dalam tiga perkataan: Legend. Power. Inspiration.
.jpg)
.jpg)
Selain pengedaran filem, Malik Streams Group turut terlibat dalam pelbagai cabang perniagaan sejak 2007, termasuk hiburan, hartanah, pertukaran mata wang, perhotelan serta rangkaian butik emas eksklusif MS Gold di Kuala Lumpur, Seremban dan Johor.
Must-Watch Video