Laman Utama
Bercuti Di Pulau Redang, Foto Nabila Razali Berpakaian Renang Ditegur Netizen - “Delete Please, Tak Manis Orang Tengok..”
Penyanyi Nabila Razali mencuri perhatian wargamaya selepas memuat naik sekeping foto percutiannya di Pulau Redang pada hujung minggu lalu.
Menerusi laman sosial Instagram, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 30, berkongsi aksi cerianya menikmati air laut di sebuah resort mewah di pulau tersebut sambil mengenakan pakaian renang berlengan panjang, topi dan lengkap bercermin mata hitam.
“Happy weekend everyone! Look how clear the water is!,” tulis Nabila di ruangan kapsyen foto tersebut.
Namun dalam perkongsian tersebut, rata-rata wargamaya menegur penampilan Nabila yang dikatakan mengenakan pakaian renang terlalu ketat sehingga menonjolkan bentuk badan.
Bukan itu sahaja, di ruangan komen turut dibanjiri dengan teguran wargamaya yang mendakwa Nabila hanya menutup rambutnya dengan mengenakan topi berbanding hijab.
Selain terlalu ketat, ada wargamaya yang menegur penampilan tersebut tidak manis untuk dikongsi buat tatapan umum dan memohon Nabila untuk memadamkan foto tersebut.
“Kalau boleh jangan post gambar ni please. Tak manis orang tengok. Kalau boleh simpan sendiri je, jangan tunjuk kat orang lain,” tegur seorang wargamaya.
“Maaf tegur, ketat sangat baju tu nampak bentuk badan,” ujar seorang wargamaya.
“Baju tu hmm.. ketat. Please jangan post benda macam ni,” kata seorang wargamaya.
“Tiba-tiba makin hilang tudungnya,” komen seorang wargamaya.
“Sekarang punyalah banyak swimming suit cantik-cantik, ni pakai macam ni, upload kat IG. Dah sah-sah la kena kecam sebab awak tu artis bertudung,” tulis seorang wargamaya.
“Delete please, tak manis la,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 61,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Must-Watch Video