Laman Utama

Bercuti Di Switzerland, Netizen Risau Anak Emma Maembong Bertatih Di Kaki Lima - “Seriau Tengok Kereta Laju..”

Azwa Rahman
10/02/2022
11:35 MYT
Pelakon Emma Maembong dilihat sedang bercuti di negara Switzerland bersama suami dan anaknya, Shariq Gabriel.
Namun, aksi pelakon drama I Promise Janji Anaqi itu membawa anaknya berjalan-jalan di sekitar kawasan bandar menarik perhatian ramai.
Menerusi laman sosial Instagram, Emma berkongsi sebuah video memimpin tangan Shariq yang kini sudah boleh bertatih di sekitar kaki lima di tepi jalan besar.
Walaupun dipimpin, Shariq yang kini berusia setahun lebih itu bertatih begitu hampir di kawasan tepi jalan yang menjadi laluan utama kenderaan lalu-lalang.
Perkongsian berdurasi kurang satu minit itu mencetuskan kerisauan wargamaya yang rata-ratanya menasihati Emma supaya tidak membawa anaknya ke kawasan tepi jalan.
“Adoii apasal aku seriau tengok kete lalu lalang tepi baby. Aduh dah la laju, shooting tempat lain please,” komen seorang wargamaya.
“Kenapa main tepi jalan tu. Macam bahaya je, hati-hati ye,” kata seorang wargamaya.
“Seram pulak tengok kereta lalu lalang dekat situ,” tulis seorang wargamaya.
“Risau saya tengok kereta banyak sangat,” ujar seorang wargamaya.
“Kak janganlah bawa baby tepi jalan besar camtu risau saya tengok,” tegur seorang wargamaya.
“Comel tapi jangan bawa anak kecik kat tepi jalan raya please,” pesan seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada wargamaya.
Sekadar info, Emma berkahwin dengan juruterbang Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.
Hasil perkahwinan itu, pasangan dikurniakan seorang cahaya mata pada 8 November 2020..
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

#GTheUntoldStory: Hawra Uqaira, Penyeri Hidup Kamal & Uqasha

gempak
06/07/2024
03:55 MYT
Selami perasaan Uqasha dan Kamal mengenai Hawra Uqaira, cabaran bergelar ibu dan bapa dan perancangan karier pada masa depan.
Hiburan

Takdir Itu Milik Aku Banyak Kejutan, Jom Layan Dua Episod Akhir Malam Ini!

gempak
23/05/2024
07:53 MYT
Drama popular Takdir Itu Milik Aku dari Karya Terbaik Siti Rosmizah yang menerima sambutan penonton bakal melabuhkan tirainya pada malam ini.
Hiburan

Takdir Itu Milik Aku: Emma Maembong Perlu Ingat Butir Dialog & Emosi Sama Macam Novel!

gempak
23/05/2024
05:55 MYT
Memegang watak sebagai Dian, wanita kampung yang lurus bendul, pelakon Emma Maembong mengakui dia berdepan dengan cabaran dari segi lontaran dialog.
Hiburan

Watak Zharif Buat Shahiezy Sam Gementar - “Ini Skrip Pertama Yang Buat Saya Rasa Darah Tinggi”

gempak
23/05/2024
04:55 MYT
Pelakon Shahiezy Sam mengakui dia pada mulanya berasa gementar untuk membawa sebagai Zharif dalam drama siri 40 episod bertajuk Takdir Itu Milik Aku.
Drama

Drama Karya Terbaik Siti Rosmizah, Takdir Itu Milik Aku Disambung Lagi 13 Episod!

gempak
02/05/2024
14:55 MYT
Drama bersiri popular kegemaran ramai lakonan Emma Maembong dan Shaheizy Sam itu mendapat sambutan positif dan permintaan menggalakkan selepas episod terakhir pada malam ini (2 Mei 2024). Sambungan TIMA bakal meneruskan kisah tragis Dian yang masih belum pulih ingatan, manakala Zarif dikhabarkan curang bersama Azura. Dian sangat kecewa atas perb