Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Berdarah Kacukan Cina-Filipina, Bergelar Model Seawal Usia 15 Tahun, Ini Biodata Pelakon Atyka J

Firdaus
07/06/2024 11:55 MYT
Baru-baru ini, heboh tentang seorang wanita yang dikenali sebagai Atyka mendakwa dirinya merupakan bekas kekasih kepada pempengaruh Islamik dengan kandungan ‘tebuk Quran’ yang viral di media sosial.

Susulan pendedahan yang dibuat Atyka berkaitan pempengaruh yang dituduh pernah melakukan gangguan seksual terhadap beberapa wanita, ramai mula tertanya-tanya identiti di sebalik bekas kekasih influencer Islamik ini.

BERITA TRENDING: Kes Influencer Tunjuk Kemaluan, Bekas Kekasih Pempengaruh ‘Tebuk Quran’ Pilih Untuk Berdiam Diri - “Saya Masih Lagi Menjaga Aib Dia”

Berikut merupakan biodata Nur Atyka Jalil:

Nama Dan Negeri Asal

Nur Atyka Jalil, 24, merupakan seorang pelakon yang kini mula menempa nama dalam industri hiburan.

Atyka yang merupakan anak keempat dari lapan adik beradik mempunyai darah kacukan Cina dan Filipina. Selain itu, nama Jalil tersebut diambil dari bapa tiri Atyka kerana dia tidak pernah mengenali bapa kandungnya.

​BERITA TRENDING:“Pasal Putus Hubungan Disebabkan Ibu Dia Juga” - Ex Influencer ‘Tebuk Quran’

Pada awal pendidikan, Atyka bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kepong Baru, Kuala Lumpur dan meneruskan pembelajarannya di kawasan yang sama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepong Baru.

Penglibatan Dalam Industi Seni

Atyka mula berkecimpung dalam industri permodelan sejak umur 15 tahun. Dari situ, Atyka mula meminati bidang lakonan dan memulakan kariernya sebagai pelakon tambahan menerusi drama Nur 2 ketika berumur 18 tahun.

​BERITA TRENDING:Bekas Kekasih Influencer Popular Tampil Spill The Tea? - “Kalau Betul Kau Tak Salah..”

Selain berlakon sebagai ‘extra’, Atyka kini berjaya memperoleh watak utama dalam drama seperti Epilog 3 Naga dan telemovie Permintaan Terakhir Abah.

Perkenalan Dengan Influencer Tebuk Quran

Menurut Atyka, perkenalan dirinya bersama pempengaruh Islamik berkenaan bermula pada tahun 2023 dan putus hubungan dalam tahun yang sama.

Tidak Tumpang Populariti Bekas Kekasih

Sementara itu, Atyka juga menyatakan bahawa dirinya tidak menumpang populariti influencer tersebut sebaliknya berusaha menaikkan nama sendiri dalam industri hiburan.

“Saya kenal dia tahun 2023. Kes saya dengan dia pun tahun lepas. Saya kenal dia menerusi Instagram.

“Selepas pendedahan tu viral tak ada apa-apa kesan dekat saya. Saya gembira sahaja. Nak kata saya menumpang populariti orang lain tidak juga, sebab saya pun dah naik secara sendiri,” katanya.

“Saya tak terasa hati dengan kata-kata orang...

Bercerita lebih lanjut, Atyka enggan ambil pusing tentang kritikan netizen terhadap dirinya kerana mendakwa apa yang didedahkan berhubung pempengaruh itu bukannya rekaan semata-mata.

“Saya tak terasa hati dengan kata-kata orang. Sebab pada saya selagi mereka tak bagi apa-apa manfaat kepada saya buat apa saya nak terasa.

“Memang manusia boleh bercakap apa yang mereka nak, tapi selagi kata-kata orang tak ada bagi apa-apa manfaat, saya buat bodoh sahaja,” ujarnya ketika dihubungi Gempak.

BERITA TRENDING: “MasyaAllah Suara Kapla Merdu Weh” - Terpegun Dengar Bacaan Al-Quran, Ramai Nak Jadikan Amir Ahnaf Suami

Sekadar info, Atyka sebelum ini pernah memuat naik sijil kursus kahwin bersama influencer itu sebagai bukti bahawa mereka pernah menjalinkan hubungan.

Atyka turut memuat naik tangkap layar perbualan antara pempengaruh berkenaan dengan ibunya yang mengkritik tentang fizikalnya.

Dalam pada itu, Qawiyaro atau lebih dikenali sebagai Qawi pula dituduh terlibat dengan jenayah gangguan seksual yang tular di media sosial.

Susulan itu, influencer berkenaan mengeluarkan kenyataan di Instagram Storiesnya menafikan dakwaan tersebut dan melabelkan perkara itu sebagai fitnah terhadap dirinya.

#Viral #Kontroversi #Tular #Influencer #Qawiyaro #Atyka J
;