Bintang YouTube Yoe Parey sekali lagi mencuri tumpuan warga maya apabila tampil dengan gaya rambut unik dan melucukan.

Perkara itu dikongsi menerusi satu posting terbaru di Instagramnya.

Gambar berkenaan memaparkan gelagat Yoe sedang mendapatkan khidmat guntingan rambut.

Namun, apa yang menariknya, antara hasil guntingan itu adalah mirip kepada karakter kartun Avatar: The Last Airbender dikenali sebagai Aang.

"Kalau dapat gunting free macam nilah jadinya. Ikut dialah nak buat macam mana pun, kita nak tahan je." katanya.



Pada yang tidak kenal, watak Aang cukup popular dengan gaya rambut botak manakala terdapat lukisan tanda anak panah menghala ke dahi.

Anda boleh lihat gambar tersebut di bawah.


Kalu de guting free gak lagu nilah jadinyo.ikuk dio nk wk rano kawe nk tehe jah???.

A post shared by ??????????????? (@yoe_parey) on


Menjengah ke ruang komen, rata-ratanya terhibur dengan gelagat bintang Syif Malam Raya itu.

Namun, tidak kurang juga bersimpati dengan nasib menimpa 'YouTuber' itu.