,
The Hardest Singing Show

Berdepan Masalah Kesihatan, De Fam Tarik Diri Daripada The Hardest Singing Show

Amri Hassan
16/06/2024
16:06 MYT
Kumpulan girl group trio popular De Fam mengumumkan penarikan diri daripada rancangan realiti The Hardest Singing Show.
Pengumuman itu dibuat pada malam tadi menerusi hantaran video ketika bersiaran secara langsung.

Masalah kesihatan

Menurut De Fam yang dianggotai Azira Shafinaz, Sophia Liana dan Cik Manggis, keputusan itu terpaksa dibuat ekoran masalah kesihatan.
"Kita teruja sebenarnya setiap minggu kita dapat duduk bersama dan melakukan seni persembahan secara kreatif bersama-sama. Idea yang tak pernah kita keluarkan di tempat lain kita keluarkan di sini, rasanya inilah momen terbaik sepanjang di sini.

"Dengan rasa sedih, kami mengumumkan untuk menarik diri daripada The Hardest Singing Show.

"Kita terpaksa buat pilihan ini atas faktor kesihatan, ia bukan daripada pihak kami bertiga," kata Cik Manggis dan Azira Shafinaz.
De Fam turut berterima kasih atas sokongan daripada juri, pasukan mereka dan rakan selebriti yang turut mengambil bahagian dalam The Hardest Singing Show tahun ini.
"Kita juga ingin berterima kasih kepada juri yang sangat supportive selama lima minggu ini, kepada pasukan kami, terima kasih kerana sudi berjuang bersama kami.
"Kepada kawan-kawan yang masih berjuang, selamat maju jaya, kami seronok bersama kali. Kami doakan yang terbaik dan teruskan menyokong mereka," tambah Sophia Liana.

BERITA TRENDING: THSS: Bukan Pertandingan Fokus Nyanyian Semata-Mata, Ini Sebab De Fam Bersetuju Sertai The Hardest Singing Show

BERITA TRENDING: Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!

Rancangan 10 minggu ini diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.
Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show
* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000
beserta trofi sumbangan Astro.
* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.
* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.

BERITA TRENDING: Fokus Tentang Penghijrahan, Kiblat Ke Syurga Raih Komen Positif Penonton - “Sangat Best Cerita Ni!”

BERITA TRENDING: “Tak Lama Lagi Giliran Kita” - Azira Shafinaz Beri Bayangan Bakal Kahwin?

BERITA TRENDING: “Dia Berhak Bahagia, Semoga Bertemu Jodoh Yang Baik-Baik” - Tak Iri Hati, Azira Shafinaz Sentiasa Doakan Sharnaaz

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Saya Suruh Guard Benarkan Masuk” - Jofliam 'Back Up' Mak Dewi, Jawab Dakwaan Cik Epal Mengenai Isu Rumah

gempak
04/11/2024
09:55 MYT
Pempengaruh dan Chef Pizza Wagyu, Jofliam tampil menjawab tuduhan bekas isternya iaitu Cik Epal yang mendakwa ibu kepada Dewi secara suka hati bebas keluar masuk ke kawasan rumah yang pernah diduduki mereka.
Hiburan

“Siapa Makcik Untuk Masuk Kawasan Rumah Saya Suka-Suka Hati?” - Cik Epal Bengang Dengan Mak Dewi, Dakwa Siap Ada Akses Kad

gempak
04/11/2024
05:55 MYT
Konflik perceraian antara pasangan pempengaruh Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam nampak tidak berkesudahan.
Hollywood

Kim Kardashian Jadi Aligator Albino

gempak
02/11/2024
14:50 MYT
Perayaan Halloween menjadi acara tahunan penting bagi selebriti Hollywood untuk tampil dengan kostum unik.
Gaya Hidup

30,000 Rakyat Malaysia Ke Thailand Sepanjang Cuti Deepavali

gempak
02/11/2024
05:55 MYT
Hampir 300,000 rakyat Malaysia dijangka berkunjung ke Thailand sepanjang musim cuti perayaan Deepavali yang bermula Rabu, kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi.
Hiburan

'Duda Hot' Fattah Amin Masih Dominasi Carta GMW!

gempak
02/11/2024
03:00 MYT
'Duda terhangat di pasaran' Fattah Amin masih mendahului carta kategori Selebriti Trending selepas Anna Jobling, Meerqeen, Jazmy Juma dan Scha Elinnea.
Unitar