Aktres Rozita Che Wan tampil membantu memberi keterangan selepas dirinya didakwa memfitnah hos Azwan Ali melalui komen balas di platform laman sosial Twitter minggu lalu.
Che Ta yang hadir bersama suaminya, Zain Saidin dan pengurus, Afeeq sekitar pukul 12.15 tengahari ditemui di hadapan Balai Polis Travers, Kuala Lumpur selepas lebih 3 jam memberi keterangan.
“Saya datang ke balai hari ini untuk memberi kerjasama dan melancarkan siasatan. Kemudian kita tengok proses seterusnya," ujar Che Ta di hadapan balai polis.
Dinasihatkan peguam untuk tidak memberi terlalu banyak kenyataan, Che Ta bagaimanapun mengaku lebih suka memilih jalan damai daripada bermusuhan berpanjangan.
Lantaran itu kata Che Ta dia telah memadamkan posting yang dibuatnya pada hari sama.
“Saya delete posting saya selepas itu kerana waktu tersebut tengah marah.
“Sebenarnya kalau tengok pergerakan saya, saya tak nak benda ni panjang.
“Saya tak buat report polis, tak ambil juga tindakan saman.
“Kita ni manusia. Nabi pun ampunkan orang caci maki baginda.
“Dia pun dalam industri yang sama. Tak perlu musuh.
“Kenapa nak buat musuh. Tak berbaik pun tak mengapa janji jangan bermusuh,” katanya lagi.
Isteri Zain Saidin ini juga mengaku biar berselisih faham di media sosial, dia dan Azwan Ali tidak pernah bergaduh.
Biarpun berharap kemelut yang terjadi dapat diselesaikan secara baik, Che Ta bagaimanapun menerima sekiranya Azwan Ali mahu meneruskan saman terhadapnya.
“Okay saya follow. Tapi takkan nak terus bagi.
“Kita ada undang-undang, jadi kita teruskan cara undang-undang”, katanya.
Ditanya adakah dia akan mengeluarkan saman pula kepada Azwan Ali, Che Ta mengatakan dia akan mengikut proses undang undang juga.
“We will see. Follow saja proses,” katanya ringkas.
Semalam, Diva AA membuat laporan polis terhadap seorang selebriti wanita sekaligus mahu mengemukakan saman berjumlah RM5 juta kerana didakwa telah memfitnahnya.
BACA: Selepas Keluar Kenyataan Nak Saman RM5 Juta, Diva AA Selesai Buat Laporan Polis Terhadap Selebriti Wanita
BACA: Diva AA Nak Saman Pelakon Wanita RM5 Juta! - "Kerana Dia Fitnah Di IG Story Kononnya Saya Ditaja Azmin Ali"
BACA: "Bur*t Mak Hang, Dah Melampau" - Che Ta Blocked & Tak Nak Kerjasama Dengan Diva AA Yang Hina Ibunya
Diva AA berkata, tindakan tersebut diambil kerana selebriti tersebut telah mengaitkan kemewahan dirinya dengan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Azmin Ali.
Terdahulu, kontroversi tercetus apabila Diva AA menegur cara berpakaian seorang selebriti wanita di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk menerima suntikan vaksin.
Selebriti wanita itu kemudiannya bertindak membalas ciapan Diva AA di Instagram kerana terkejut dengan perkataan 'b*rit mak hang' yang ditulis pengacara sensasi berkenaan.
Maliah Surip
Tue Aug 17 2021
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.