Hiburan

Berdepan Ujian Getir, Da'i Syed Bersyukur Dikurniakan Isteri Sebaik Hana Ismail - "Dia Sentiasa Ada Dengan Saya"

gempak
Ernalisa
05/11/2024
04:02 MYT
Sponsor Banner
Berdepan Ujian Getir, Da'i Syed Bersyukur Dikurniakan Isteri Sebaik Hana Ismail - "Dia Sentiasa Ada Dengan Saya"
Pendakwah selebriti, Da'i Syed Iqmal memanjatkan rasa syukur dikurniakan seorang isteri yang taat dan baik, yang selalu ada bersamanya ketika melalui detik sukar.
Jelas Syed, biarpun diuji dengan pelbagai pancaroba, Hana tetap setia di belakangnya.
"Saya sama seperti lelaki lain, manusia biasa yang ada masa akan tewas dengan perasaan sendiri. Ada masa saya juga rasa kecewa, sedih semua ada.
"Tetapi bersyukurnya saya sebab saya dikurniakan isteri yang cukup baik dan sempurna di mata saya.
"Dalam saat ini, Hana sentiasa ada dengan saya. Alhamdulillah. Hana memang kekuatan saya.

BERITA BERKAITAN:Pereka Fesyen Busana Miss Universe 2024, Ezuwan Ismail Pilih Tak Baca Komen Negatif, Bakal Dedah 'Secret Gown' - "Kejutan Akan Lebih Besar"

BERITA BERKAITAN: Idzham Ismail Sudah Sah Bercerai & Tidak Akan Dirujuk Kembali - “Jawab Dengan Allah…”

BERITA BERKAITAN:Sugul & Bersendirian Tiba Di Mahkamah, Da'i Syed Harap Keputusan Terbaik

"Itulah senjata menjadikan saya untuk terus kuat melalui hari-hari mendatang," katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa.

Ditanya mengenai kecaman berterusan diterima, akui Syed dia sudah terbiasa menerima cemuhan dan mengharapkan doa supaya urusan seterusnya dimudahkan.
Malah, Syed hanya ingin meluangkan masa bersama keluarga sementara menunggu keputusan berikutnya.
"Saya dah biasa dikecam. Saya kena terima dan kuat.

"Doakan yang baik-baik untuk saya. Insya-Allah," ringkasnya.

Pagi tadi Da'i Syed hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini setelah dibebaskan sementara dari Penjara Kajang dua bulan lalu.
Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019 lalu.
Atas kesalahan itu, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Pada 10 April tahun lalu, Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024